• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Scha Hati Kering, Kecaman Netizen Tak Beri Kesan

oleh
24/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengacara terkenal, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas mengambil keputusan untuk menukar penampilan baharu dengan berambut pendek.

Gaya potongan rambut terkini isteri kepada pengacara, Awal Ashaari itu dikritik orang ramai kerana kelihatan tidak terurus atau serabai.

Rata-rata netizen mengatakan gaya rambut yang dikenakan oleh Scha agak tidak sesuai kerana kelihatan seperti seorang yang tidak waras malah turut disamakan dengan kobis dan mop lantai.

Pun begitu, Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata dia tidak berasa terkesan walau sedikit apabila isu rambut pendeknya menjadi perdebatan orang ramai.

Kata Scha, dia juga enggan terlalu mengambil kisah dengan dengan apa juga gelaran diberikan asalkan tidak membabitkan nama anaknya iaitu Lara Alana.

“Saya gembira dapat potong rambut pendek kerana sudah beberapa tahun menyimpan rambut panjang, jadi ia seperti satu imej baharu dalam kerjaya saya.

“Apabila ada orang menyamakan rambut saya dengan kobis dan mop lantai, saya okey sahaja kerana saya seorang yang hati kering, mereka boleh mengata saya, cuma jangan sentuh anak saya sahaja,” katanya dipetik Sinar Online.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, dia mengambil keputusan untuk memotong rambut sebagai tanda komitmen untuk membawa watak Zarina dalam Bikin Filem yang bakal ditayangkan pada September ini.

Jelasnya, walaupun dia boleh memilih untuk memakai rambut palsu namun dirinya berasa puas jika memotong rambut sekali gus memberikan imej segar.

“Sekarang saya berasa ‘bebas’ dan gembira dengan imej ini. Biarlah saya menikmati gaya ini sepuas-puasnya. Suami okey saja, asalkan tidak terlalu pendek. Katanya, nanti jadi lain pula,” jelas Scha. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Scha Al Yahya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awal, Scha Menang Kes Tuntutan Saman

27/03/2019
0

“KAMI buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan,” kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari,...

Awal Jaga Kualiti, Sangkal Dakwaan Letak Harga Rendah

10/06/2018
0

PENGACARA, Awal Ashaari menegaskan dakwaan konon dia mengenakan bayaran murah di sebalik tawaran yang menjadikan mereka sekeluarga sebagai duta produk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd