Sample Page Title

PEGUAM kontroversi, Siti Zabedah Kassim memaklumkan bahawa sesi kawad cam yang sepatutnya dijalankan ke atasnya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang pagi ini tidak dapat dilakukan.

Beliau yang juga aktivis pro-Pakatan Harapan (PH) berkongsikan perkara itu menerusi perkongsian rakaman video di halaman Facebooknya beberapa jam yang lalu.

“Polis telefon saya pagi tadi mengatakan bahawa kawad cam yang dijalan pagi ini tidak jadi.

“Jadi saya nak terima kasih kepada polis kerana berita tahu saya awal-awal sebab kalau tak saya dah gerak ke kajang, jadi hari ini saya boleh hadiri kelas,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan ucapan terima kasih kepada para ‘penyokongnya’ yang tidak henti memberikan kata-kata semangat di media sosial.

“Terima kasih kepada mereka yang menghantar mesej sokongan, di atas apa yang berlaku ke atas saya ketika ini,” katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai kes melarikan anak guamnya, Anis Izzaty Ruslan, beliau menegaskan bahawa hanya ingin membantu gadis tersebut.

“Kenapa perlu saya culik Anis, saya bagi duit dekat dia kerana mahu membantu.


“Tapi polis siap keluarkan kenyataan media mendakwa mereka (polis) telah menyelamatkan Anis daripada saya.

“Tergamak betul polis sehingga buat berita macam ini,” katanya lagi.

Siti pada malam kelmarin ditahan kira-kira jam 12.40 tengah malam susulan tindakannya dipercayai melarikan seorang wanita berusia 24 tahun yang sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Kajang, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, pihaknya bertindak susulan laporan yang dibuat ibu mangsa pada hari kejadian.

Menurutnya, hasil maklumat pihaknya berjaya mengesan mangsa berada di sebuah kondominium di Segambut kira-kira jam 9 malam Sabtu.

Penahanan peguam itu juga susulan laporan berasingan yang dibuat oleh anggota polis berhubung kekecohan yang berlaku di hospital tersebut susulan insiden itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...