• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sepatutnya Hadir Kawad Cam” – Siti Kassim

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM kontroversi, Siti Zabedah Kassim memaklumkan bahawa sesi kawad cam yang sepatutnya dijalankan ke atasnya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang pagi ini tidak dapat dilakukan.

Beliau yang juga aktivis pro-Pakatan Harapan (PH) berkongsikan perkara itu menerusi perkongsian rakaman video di halaman Facebooknya beberapa jam yang lalu.

“Polis telefon saya pagi tadi mengatakan bahawa kawad cam yang dijalan pagi ini tidak jadi.

“Jadi saya nak terima kasih kepada polis kerana berita tahu saya awal-awal sebab kalau tak saya dah gerak ke kajang, jadi hari ini saya boleh hadiri kelas,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan ucapan terima kasih kepada para ‘penyokongnya’ yang tidak henti memberikan kata-kata semangat di media sosial.

“Terima kasih kepada mereka yang menghantar mesej sokongan, di atas apa yang berlaku ke atas saya ketika ini,” katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai kes melarikan anak guamnya, Anis Izzaty Ruslan, beliau menegaskan bahawa hanya ingin membantu gadis tersebut.

“Kenapa perlu saya culik Anis, saya bagi duit dekat dia kerana mahu membantu.

“Tapi polis siap keluarkan kenyataan media mendakwa mereka (polis) telah menyelamatkan Anis daripada saya.

“Tergamak betul polis sehingga buat berita macam ini,” katanya lagi.

Siti pada malam kelmarin ditahan kira-kira jam 12.40 tengah malam susulan tindakannya dipercayai melarikan seorang wanita berusia 24 tahun yang sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Kajang, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, pihaknya bertindak susulan laporan yang dibuat ibu mangsa pada hari kejadian.

Menurutnya, hasil maklumat pihaknya berjaya mengesan mangsa berada di sebuah kondominium di Segambut kira-kira jam 9 malam Sabtu.

Penahanan peguam itu juga susulan laporan berasingan yang dibuat oleh anggota polis berhubung kekecohan yang berlaku di hospital tersebut susulan insiden itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kawad camSiti Kassim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gudang Simpan Peralatan Pilihanraya Berhantu

Next Post

Pamer Sikap Rasis, Lim Guan Eng Terus Dikecam

Related Posts

Siti Kasim Sahkan Digantung Dari Facebook 30 Hari

15/10/2018
0

PETALING JAYA - Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli digantung sementara dari Facebook kerana mendedahkan maklumat...

‘Maaf Cakap… Tak Ramai Melayu Macam Saya’

30/08/2018
0

AKTIVIS hak asasi manusia yang lantang, Siti Kasim melahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang gagal mengawal isu kaum...

Next Post

Pamer Sikap Rasis, Lim Guan Eng Terus Dikecam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd