• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Mahu Lebih Autonomi Tadbir Negeri

oleh Haris
13/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sarawak inginkan lebih kuasa autonomi dalam mentadbir negeri supaya segala hasil kekayaannya dapat diagihkan kepada rakyat sekali gus menjaga kepentingan mereka.

Hasrat tersebut menjadi penyebab utama keputusan sebulat suara oleh parti komponen dalam Barisan Nasional (Barisan Nasional) untuk menubuhkan parti baharu yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS), hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, keputusan tersebut diambil bagi tujuan menjaga kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Jelasnya, Sarawak adalah negeri paling kaya dengan sumber asli dan hasilnya namun kebanyakannya telah dihakis oleh Kerajaan Persekutuan selama ini.

“Kita mahu mentadbir negeri dengan cara sendiri yang lebih autonomi dan tidak lagi terikat dengan dasar BN.

“Justeru, keputusan untuk keluar adalah untuk menentukan hala tuju kerajaan negeri memandangkan BN bukan lagi kerajaan yang memerintah,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan, hari ini.

Wan Junaidi yang merupakan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu turut menyifatkan bahawa penubuhan GPS tetap bersifat bebas.

Ini bermakna parti tersebut tiada kecenderungan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang kini mentadbir negara, sebaliknya akan bersifat lebih terbuka.

“Kita akan lebih terbuka demi mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak dengan menyokong dasar yang memberi kebaikan dan membantah dasar yang merugikan,” jelasnya.

Terdahulu, empat parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan BN.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika Menyuarat majlis Tertinggi BN Sarawak, pagi tadi.

Ujar Abang Johari, dengan menubuhkan GPS, kerajaan negeri yakin mereka dapat memberikan lebih perhatian kepada isu-isu berkaitan kepentingan serta hak Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: BN SarawakDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd