• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Samseng’ Jonker Walk Akhirnya Ditahan

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Lelaki ‘samseng’ yang terbabit dalam insiden memaki hamun seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Jonker Walk, Melaka dekat sini, akhirnya ditahan polis.

Individu berusia 42 tahun itu ditahan di hadapan sebuah bengkel di taman Merdeka Jaya, Batu Berendam pada jam 3 petang semalam, tidak sampai 24 jam selepas rakaman kejadian menjadi tular.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazir Idris, penahanan lelaki itu susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang khuatir keselamatannya diancam oleh pelaku.

Baca: Diancam Dengan Kayu Lepas Tegur Lawan Arus

“Suspek mengugut untuk memukul mangsa dan memberitahu akan membawa rakan untuk memukul mangsa yang berusia 33 tahun itu.

“Berikutan itu satu laporan polis dibuat olehnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya seperti yang dipetik sebuah portal akhbar arus semasa.

Tambah Mohd. Nor Yhazir, sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara  maksimum tujuh tahun atau dendan atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian petang Ahad itu, mangsa yang sedang bertugas di Jonker Walk mengarahkan kenderaan jenis Subaru berwarna hitam yang dipandu melawan arus oleh suspek supaya berpatah balik.

Bagaimanapun suspek yang berang bertindak sebaliknya dengan memandu laju ke arah mangsa sebelum keluar daripada kenderaan membawa sebatang kayu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: polisRELAsamseng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd