• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Raya Di Airport, Yuna Bahagia Adam Selalu Ada

oleh
21/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTAMA kali meraikan Syawal dengan suami tercinta, tetapi pada raya pertama yang lalu, Yuna dan Adam Sinclair telah menyambut hari kemenangan umat Islam itu di lapangan terbang.

Menurut Yuna, ketika itu dia dan suami berada di sebuah lapangan terbang di Jepun sambil menantikan penerbangan seterusnya ke tanah air dari Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Saya cemburu melihat gambar yang dimuat naik di laman sosial. Ketika orang lain ceria meraikan Aidilfitri bersama keluarga sambil menikmati pelbagai juadah menyelerakan, saya dan suami pula hanya minum kopi di lapangan terbang.

“Tetapi, saya tidak sunyi kerana suami ada di sisi. Hanya pada raya kedua, baru kami berpeluang meraikannya bersama keluarga mentua di Shah Alam dan keesokannya, pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong, Perak selama dua hari.

“Biarpun singkat, kami sempat meluangkan masa pergi bercuti bersama keluarga Adam di Pulau Langkawi,” kata Yuna dipetik daripada portal BH Online.

Yuna telah ditemui ketika majlis pelancaran filem pendek Pantene, Wanita Besi yang mana dia turut diumumkan sebagai duta jenama berkenaan.

Tambah Yuna, kehidupannya bersama suami selepas mendirikan rumah tangga merupakan detik yang paling bermakna dalam hidupnya.

Jika sebelum ini dia sering bersendirian, kini tidak lagi apabila suami tersayang setia menanti disisi walaupun sedang berjauhan daripada dengan ahli keluarga yang lain.

Ketika ditanya soal cahaya mata, Yuna tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Yuna akui dia juga belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana kesibukan kerja membuatkan dia mahu memberi lebih fokus kepada kariernya sebagai seorang penyanyi.

“Ketika ini, saya masih sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminat akhir tahun ini, selain memenuhi undangan persembahan. Ia membuatkan saya terfikir untuk memberikan fokus kepada karier seni dahulu.

“Saya mahukan kesempurnaan dalam penghasilan album, jadi fokus lebih diberikan terhadap usaha terbaru ini. Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

“Saya dan suami tidak pernah merancang dalam hal ini. Jika diberikan Allah rezeki untuk hamil dalam masa terdekat, pasti saya menerimanya dengan gembira. Selagi belum ada rezeki, saya tumpukan dahulu perhatian kepada membina kerjaya,” ujarnya lagi.

Yuna dan Adam telah disatukan dalam satu majlis penuh meriah pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong Pahang yang berlatarbelakangkan pergunungan dengan sekali lafaz sahaja. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenYunalis Zarai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd