• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosyam Nor Artis Pertama Ada Pasar Raya Sendiri

oleh
04/06/2018
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG aktor terkenal Datuk Rosyam Nor membuktikan dirinya mampu terlibat dalam bidang perniagaan sekali gus mencipta sejarah sebagai artis pertama Malaysia mempunyai pasar raya sendiri.

Pasar raya borong ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. telah dibuka pada 1 Jun di Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan barangan yang dijual tanpa ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

ST Rosyam Mart Sdn. Bhd. dinamakan sempena usaha sama Rosyam Nor dengan syarikat Sri Ternak dengan keluasan sebanyak 13 lot kedai.

Melalui akaun Instagram, Rosyam Nor memberitahu pasar raya tersebut telah beroperasi selama 24 jam bermula dua hari lepas dan akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Beliau tidak menyangka, pasar raya yang baru sahaja dibuka telah dikunjungi oleh ramai orang berbelanja bahan-bahan mentah dan makanan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minta maaf sangat sangat. Hari soft launch tak sangka sambutan luar dugaan. InshaAllah segala teguran akan diambil kira. Tqvvm support semua

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on Jun 1, 2018 at 10:49am PDT


Seorang pelanggan dikenali Fauzana Ismail di laman sosial Facebook sempat datang ke pasar raya tersebut yang bersebelahan dengan pejabatnya berasa takjub apabila mendapati harga barang agak murah.

“Oleh sebab terletak sebelah pejabat, saya singgah sekejap melawat kawasan. Not bad sebab ada yang murah dari Giant.

“Lagi best sebab 24 jam, mana tahu malam-malam tengah baking kek sesak-sesak tak cukup tepung boleh ‘merempit’ datang sini,” katanya melalui akaun Facebook miliknya.

Pun begitu, terdapat pelanggan di pasar raya tersebut mengadu di media sosial harga barang lebih mahal berbanding pasar raya lain.

Namun, aduan tersebut dikritik netizen lain yang menganggap perbandingan itu tidak sepatutnya dilakukan.

Kenapalah sesetangah masyarakat ni tak mampu nak berfikir 🤦‍♂️ perbandingan tak sesuai langsung.

— Boss Baby (@ayyadmd) June 2, 2018

OMG gaya buat story 30 sen beza tu ceritanya macam beza seringgit dua. 😂😂😂😂😂

— Cikgu Ainan (@cikguainan) June 2, 2018

Rata-rata netizen cukup bangga dengan kejayaan Rosyam Nor dan menyokong usaha pelakon tempatan ini yang mampu memberi inspirasi kepada peminat-peminatnya.

Terdahulu, Rosyam Nor pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.

Ketika beliau masih aktif dalam penerbitan drama di bawah produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. pernah berdepan kegagalan dalam bidang pertanian ketika mula berkecimpung pada penghujung tahun 2009.

Pun begitu, kegagalan kali pertama tidak melunturkan semangat anak seni ini untuk terus berkembang dalam bidang perniagaan sebaliknya menjadi satu pembelajaran untuk beliau terus maju ke hadapan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

ST ROSYAM MART di SETIAWANGSA KUALA LUMPUR. DIBUKA 24JAM !!!!! MULAI 1 JUN. HARGA BORONG!!!!!! Pelancaran selepas Raya. InshaAllah

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on May 29, 2018 at 7:16am PDT

Tags: pasar rayaRosyam NorSetiawangsa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hina Agong: ‘Jika Dibiar Berterusan, Akan Jadi Api Dalam Sekam’

Isu Sejadah Mini Dianggap Alas Kaki: Pasar Raya, Pembekal Perlu Disiasat Kerana Cuai

14/04/2024
0

JOHOR BAHRU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat kecuaian sebuah pasar raya di Batu Pahat...

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd