• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Tiba, Beri Keterangan Di Ibu Pejabat SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.43 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International.

Beliau yang mengenakan baju kurung berwarna biru dan berselendang merah turut ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam terdiri daripada K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Rosmah tiba dengan kenderaan jenis Mercedes-Benz S350 menggunakan nombor pendaftaran WQF 11 serta diiringi dua dua buah kenderaan lain.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir dua kali ke sini iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

SPRM pada Jumaat lalu, menyerahkan notis untuk memerintah kehadiran kepada Rosmah Mansor bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Tinjauan NSTP mendapati, lebih 100 pengamal media tempatan dan asing mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM di sini sejak 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung siasatan berkaitan SRC International itu. – BH ONLINE

Tags: Datin Seri Rosmah MansorSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd