• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ros Bukan Sebarang Ros, Tiap Warna Ada Maksud

oleh
17/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, bunga ros merupakan lambang cinta seseorang itu. Tapi tahukan anda terdapat beberapa maksud di sebalik warna bunga berkenaan. Lepas ni boleh lah anda teka apa maksud seseorang itu beri bunga ros kepada anda!

WARNA MERAH

Merah bermaksud cinta yang tulus dan keikhlasan serta keberanian. Jika ada seseorang memberikan bunga ros berwarna merah kepada anda, mungkin si dia sukakan anda! Kerana ia seperti bermaksud ‘saya sayangkan awak’.

WARNA KUNING

Awas ya jika orang yang anda suka tiba-tiba beri bunga ros berwarna kuning kepada anda… Kerana ia sekadar bermaksud persahabatan.

Tapi jangan risau, ia juga boleh digambarkan sebagai suatu permulaan yang baharu dalam sesebuah perhubungan.

WARNA PUTIH

Manakala putih pula sinonim dengan simbol kesucian yang bermaksud cinta yang suci. Malah, bunga ros putih juga sering digunakan sebagai gubahan dalam majlis perkahwinan.

WARNA UNGU

Kata orang dari mata turun ke hati! Warna ungu membawa maksud tanda cinta pandang pertama… Lepasni kalau nak luahkan perasaan dekat seseorang yang anda baru pertama kali lihat wajahnya, jangan lupa berikan juga bunga ros ungu ya.

WARNA MERAH JAMBU

Bunga ros warna pink cerah membawa maksud kekaguman dan tanda simpati. Selalunya wanita akan lebih suka pink cerah sebab ia warna yang lembut dan selalu dikaitkan dengan sifat wanita itu sendiri yang mempunyai sifat lemah lembut, comel dan ayu.

WARNA OREN

Ia membawa maksud mengharapkan perhubungan yang lebih jauh dan bermakna. Bagi mereka yang baru berkenalan, bunga ros ini boleh dijadikan simbol untuk menunjukkan minat mengenali hati budinya dengan lebih mendalam. Bagi mereka yang bekerjasama di dalam perniagaan, bunga ros oren adalah tanda kerjasama di dalam perniagaan. Selain itu, ia juga menggambarkan keghairahan hati untuk mengenali hati budi dan kenginan yang tulus murni.

WARNA BIRU

Bunga Ros Biru membawa maksud “Jangan Bermimpi di siang hari“ dimana ia menjelaskan hubungan yang mustahil untuk diteruskan. Bunga ini bukanlah semulajadi kerana ia adalah buatan sendiri. Oleh yang demikian, bunga ini menunjukkan ia adalah fantasi sahaja dan begitulah juga di dalam hubungan.

Tetapi anda tidak perlulah 100% meletakkan kepercayaan ke atas warna bunga ros itu sendri. Kerana ia sekadar andaian sesetengah pihak sahaja.

Hal ini kerana bunga ros asalnya memang berwarna merah tetapi terdapat caranya untuk menukarkan warna kelopak itu kepada warna yang lain.

Jadi jika selepas ini crush anda berikan bunga ros berwarna kuning, jangan pula ada yang menangis kekecewaan! Tidak semestinya apa yang ditafsirkan itu benar.

Bagaimanapun, pemberian bunga seperti bunga ros tidak akan pernah lari dengan hubungan percintaan kerana bunga ros itu umpama lambang cinta seseorang itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: warna bunga ros
Share249Tweet156SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd