Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tokoh Politik Sumbang Tenaga...

KUALA LUMPUR - Di sebalik sikap ramah dan mudah didekati, tiada siapa menyangka...

NADMA Kena Perluas Sistem...

KEMAMAN – Agensi Pengurusan Banjir Negara (NADMA) disaran memperluaskan sistem pendaftaran banjir dalam...

2 Anggota Pengaman Maut...

BAMAKO - Dua anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Belanda terkorban...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

BERUAS - Pusat pemindahan banjir di Kampung Panchor di sini yang dibuka akibat...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus menerima momentum belian, dalam keadaan peningkatan ketegangan perdagangan antara AS dan China, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0440/0470 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 yang dicatatkan pada sesi penutup Khamis.

Peniaga itu berkata dolar AS mengukuh selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan beliau akan menggunakan proses kajian semula keselamatan nasional untuk menghentikan pembelian teknologi Amerika yang sensitif oleh China.

“Minat para pelabur dilihat beralih kepada mata wang itu, memberi kesan kepada mata wang lain termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.


Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6604/6641 daripada 3.6651/6703 dan berbanding pound British ia naik kepada 5.2871/2923 daripada 5.2940/3010.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9561/9590 daripada 2.9552/9593 dan berbanding euro, ia susut kepada 4.6781/6832 daripada 4.6763/6833. – BERNAMA

Kategori