• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rimas Diganggu, Farahdhiya Mahu Dedah Si Pelaku

oleh
24/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAN hari, ada sahaja berita tentang golongan selebriti diganggu secara seksual oleh pengikut fanatik mereka dan isu itu telah berulang kali terjadi terhadap pelakon dan penyanyi Farahdhiya.

Justeru, ada sesetengah pengikut penyanyi lagu Bertahta Di Hati itu mahu dia mendedahkan profil sebenar individu yang sering melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

Malah, Farahdhiya juga pernah mengadakan undian di Instastory miliknya dan keputusan mendapati peratus undian mahu dia mendedahkan identiti segelintir pengikut nakalnya itu.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak tahan lagi dengan tindakan mereka yang tanpa segan silu menghantar gambar alat sulit kepadanya melalui mesej peribadi (DM).

“Saya rasa macam nak kongsi saja profil dan nama mereka yang berkelakuan tidak senonoh itu, biar satu Malaysia boleh tengok kalau pihak berkenaan berani hantar gambar sedemikian.

“Mungkin inilah saja cara nak menyedarkan mereka semula. Begitupun, saya takkan bertindak sehingga ke tahap itu. Saya bagaimanapun berharap, semua ini boleh menjadi peringatan.

“Terutama kepada golongan terbabit. Mereka kena berfikir banyak kali sebelum bertindak sebegitu,” kata Farahdhiya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Lebih mengejutkan lagi, ada juga segelintir remaja lelaki bawah umur turut rancak mengganggu dirinya sehingga menyebabkan dia rimas dengan keadaan sekeliling.

Bagaimanapun, sudah bertahun-tahun Farahdhiya terpaksa berhadapan dengan ganggung sedemikian dan baginya masyarakat masa kini bagaikan sudah naik gila kerana bertindak begitu berani.

“Sudah bertahun-tahun sebenarnya perkara sebegini saya hadapi. Ramai yang sakit otak agaknya sekarang, hingga tiada langsung rasa malu apabila sewenang-wenangnya berkongsi gambar lucah, termasuk kemaluan sendiri?

“Bagi saya, perbuatan itu seakan menjadi-jadi, sampaikan saya sudah tidak kuasa dengan semua ini. Ia perbuatan yang melampau. Lebih menyedihkan, ada yang menjalankan perniagaan berpaksikan agama di Instagram, namun selamba menghantar gambar kemaluannya.

“Selepas saya kongsi akaunnya, pandai pula dia menukar nama, sekali gus memadamkan muat naik sedia ada,” ujarnya lagi.

Tidak kurang juga, dia turut mengakui bahawa dirinya sering dihendap oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang berhasrat untuk mendekati dirinya.

“Tindakan sebegini benar-benar mengganggu emosi saya. Jika sekadar hubungan peminat dengan artis, saya masih boleh layan lagi. Tetapi, lelaki yang satu ini siap menggunakan panggilan ‘baby‘ dan mahu hidup bersama saya.

“Saya juga pernah menyekat aksesnya, tetapi dia tidak serik apabila bertindak membuka pula akaun baharu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Farahdhiya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Apa Yang Mampu – Farahdhiya

02/08/2018
0

PENYANYI dan pelakon Farahdhiya menasihati orang ramai supaya mengunakan sesebuah produk bergantung pada kemampuan diri sendiri. Menerusi entri di Twitter,...

Farahdhiya Sindir Netizen Lepas Ditegur Buncit

13/07/2018
0

SEKEPING foto yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Farahdhiya ketika menghadiri majlis di Istana Negara pada Selasa lalu mendapat perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd