• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Raya Ketujuh Baru Saya Balik Kampung…” – Ara

oleh
14/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP insan pasti mempunyai 1001 kenangan ketika pernah menyambut Aidilfitri yang tersimpan dalam fikiran malah tidak mungkin boleh dilupakan.

Tidak terlepas daripada perkara sama buat penyanyi, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari memiliki kenangan tersendiri saat menjelang lebaran.

Kata Ara, dia pernah tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri selama hampir seminggu dan kejadian tersebut berlaku sekitar tiga tahun lalu ketika dirinya bekerja di sebuah butik pakaian.

“Ada banyak kenangan yang saya tak dapat lupakan. Tapi paling sedih tak dapat balik beraya disebabkan kerja.

“Raya ketujuh baru saya balik kampung. Walaupun dah tak ada rasa suasana raya tapi balik juga. Kerja di butik pakaian ini memang susah nak ambil cuti.

“Memang sedih tak dapat nak berkumpul tapi saya reda sahaja. Tapi pengalaman ini ketika saya belum jadi artis dalam tiga tahun lalu,” kata Ara dipetik mStar Online.

penyanyi, Ara Johari

Ketika ditanya mengenai persiapan raya, Ara memberitahu dia menyambut hari raya bersama keluarga di kampung halaman yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan seperti tahun sebelum ini.

Tambah pelantun lagu Bunga itu, dia hanya mempunyai tiga pasang baju kerana lebih mengutamakan keperluan adik beradik yang lain.

“Sama juga seperti tahun-tahun sebelum, saya beraya di kampung yang terletak di Kuala Pilah. Baju raya saya hanya tiga pasang sahaja. Sebab saya tak berapa suka sangat pakai baju raya.

“Saya lebih utamakan baju raya untuk adik beradik yang lain,” tambahnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 21 tahun itu juga memberitahu bahawa dia akan mengadakan rumah terbuka untuk keluarga di kampung dan peminatnya di Kuala Lumpur tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ara Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Mustaqim, Ara Johari Rayu Pilih BN

Artis Mustaqim, Ara Johari Rayu Pilih BN

07/11/2022
0

SEPANG : Dua artis tempatan yang baru meningkat naik turut teruja mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran berkempen untuk...

Tunggu 4 Tahun Lagi Baru Ara Johari Fikir Tentang Itu!

18/12/2018
0

PENYANYI Ara Johari memberitahu dia meletakkan sasaran empat tahun lagi untuk mula serius memikirkan soal jodoh. Menurut Ara, 21, buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd