• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raus, Zulkefli Hantar Surat Peletakan Jawatan 7 Jun

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin telah menghantar surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, peletakan jawatan mereka akan berkuat kuasa pada 31 Julai ini.

Peletakan jawatan mereka itu telah diperkenankan Yang-di Pertuan Agong pada 8 Jun dan mereka telah dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun.

Menurut kenyataan itu, Raus dan Zulkefli telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 Mei lepas dan telah menyampaikan hasrat mereka untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Raus dan Zulkefli telah memaklumkan kepada Dr. Mahathir bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.

“Selaras dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Baginda pada 7 Jun 2018 dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai 2018,” menurut kenyataan itu.

Pada April tahun lepas, Raus dan Zulkefli telah dilantik ke jawatan masing-masing apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersara wajib pada usia 66 tahun.

Raus dan Zulkefli telah dilantik sebagai hakim tambahan untuk tempoh masing-masing tiga tahun dan dua tahun supaya mereka dapat terus berkhidmat dalam jawatan berkenaan walaupun mereka telah mencapai umur persaraan 66 tahun.

Raus sepatutnya bersara pada 3 Ogos tahun lepas dan Zulkefli pada 27 September tahun lepas selepas lanjutan selama tempoh enam bulan apabila mencapai umur 66 tahun.

Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun. – BERNAMA

Tags: Ketua Hakim Negaraletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd