Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

ATM Siasat Kes Tiga...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas...

Utusan Setuju Selesai Kes...

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) hari ini bersetuju untuk menyelesaikan...

RON95 RON97 Naik Lagi...

PETALING JAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol RON95 dan RON97 dinaikkan 1...

Lebih 200 Orang Di...

IPOH - Lebih 200 orang menyertai 'Solidariti Walk' anjuran Aman Palestin Perak dan...

Raja-Raja Batal Bincang Isu Peguam Negara Baharu

MANSUH… Perbincangan khas Raja-Raja Melayu berhubung isu pertikaian pelantikan Peguam Negara baharu yang sepatutnya dijadualkan di Istana Negara di ibu negara hari ini dibatalkan.

Difahamkan, pembatalan perbincangan tersebut dilakukan susulan perkenan dramatik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung kemelut pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Pemakluman perkara berkenaan secara drastik dilakukan menerusi sepucuk surat bertarikh 4 Jun yang turut mengampuni perkenan penamatan khidmat Tan Sri Apandi Ali daripada jawatan yang sama oleh kerajaan.

Tinjauan petugas media tempatan di hadapan pintu masuk satu Istana Negara mendapati tiada sebarang pergerakan kenderaan rasmi diraja yang keluar masuk sejak pukul 7 pagi lagi melalui laluan protokol tersebut.

Pemakluman mengenai pembatalan perbincangan khas Raja-Raja Melayu disampaikan oleh pihak polis kepada pengamal media yang membuat liputan di sekitar pekarangan luar Istana Negara pada pukul 11.10 pagi.


Ia sebenarnya 10 minit lewat daripada mesyuarat yang dijadual diadakan sebagai mana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori