• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Selangor Setuju Tawaran Terajui FAS

oleh
06/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuiddn Idris Shah akhirnya mengesahkan bersetuju menerima tawaran sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pengumuman positif bagi menyandang jawatan kepimpinan FAS tersebut dibuat menerusi satu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di Shah Alam, Selangor semalam.

Dalam kenyataan berkenaan, Tengku Amir Shah bertitah bahawa pihak FAS perlu melakukan anjakan paradigma dan perubahan yang menyeluruh dalam mengembalikan semula kegemilangan arena bola sepak Selangor.

“Beliau juga menekankan bahawa ini bukannya masa untuk mengadu domba atau pun mencari kesalahan lampau. Beliau sentiasa menyokong penuh pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi.

“Selain itu fokus harus diberikan untuk memastikan FAS serta Selangor terus mara ke depan. Beliau menyeru rakyat untuk bersama menyokong penuh pembaharuan yang akan dilakukan oleh beliau apabila menerajui FAS nanti.

“Beliau yakin bahawa pasukan kesayangan rakyat Selangor yang juga digelar The Red Giant ini akan dapat mencapai kegemilangan lebih cemerlang pada masa akan datang,” kata Mohamad dalam kenyataan media tersebut.

Dalam pada itu, berita pelantikan Raja Muda Selangor sebagai bakal Presiden FAS itu menurut penganalisis sukan tempatan bakal membolehkan skuad Selangor kembali semula beraksi di gelanggang keramat, Stadium Shah Alam.

Umum maklum, FAS ‘diusir’ kerajaan negeri hanya kerana perbezaan politik dengan kepimpinan badan bola sepak itu dikuasai UMNO sehingga terpaksa bermain di Stadium Cheras, Kuala Lumpur sebagai gelanggang tuan rumah.

Lebih malang apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali awal tahun ini menyindir FAS agar belajar daripada pasukan kebangsaan Iraq yang bermain di padang pasir namun komen itu dikutuk pelbagai pihak sebagai biadab!

Sebelum ini media melaporkan Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan peletakan jawatan beliau selaku Presiden FAS dan kerusi No. 1 itu bakal diisi oleh Tengku Amir Shah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa (EGM).

Ia akan diadakan pada 3 Julai ini. Kata Subahan, tindakan itu diambil kerana kekangan masa ekoran banyak perkara besar yang perlu dilakukannya memandangkan beliau juga adalah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Pada masa sama, pemimpin UMNO Selangor tersebut turut merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali gus memikul beban untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya di persada antarabangsa.

“Saya fikir sudah tiba ma­­­­sa­nya saya mele­paskan jawatan Presiden FAS kepa­da Raja Muda Selangor meman­dangkan saya yakin beliau adalah calon paling layak untuk menerajui FAS,” kata Subahan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMPersatuan Bola Sepak SelangorRaja Muda Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd