• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Bebas, Ganti Bon 2 Tahun Berkelakuan Baik

oleh AK-47
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap kesalahan mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan itu sebelum ini.

“Kami bersetuju dengan hujah pihak perayu (Rafizi) dan mengetepikan hukuman penjara sebelum ini.

“Mahkamah mengetepikan sabitan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dan digantikan dengan bon berkelakuan baik untuk dua tahun dengan cagaran RM10,000 serta seorang penjamin,” katanya.

Terdahulu, peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Mohd Rafizi berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh perayu bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk rakyat.

“Dokumen itu kini sudah tidak diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia. Pendedahan dokumen itu juga tidak membabitkan keselamatan atau rahsia negara.

“terdapat saman sivil berkaitan pendedahan ini oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera terhadap perayu bagaimanapun ia sudah ditarik balik. Anak guam kami patut diberi peluang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Pengiran Mahmud berhujah bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

“Hukuman penjara 18 bulan itu sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa memandangkan dokumen itu bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Memang ada berlaku kesalahan ketika itu. Bagaimanapun ia tidak mendatangkan sebarang musibah kepada negara,” katanya.

Turut bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Kamardin Hashim.

Pada 14 November 2016, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan, mengenakan hukuman penjara 18 bulan terhadap dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat dan masa sama, 28 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan bagi pertuduhan pertama dan melepaskan serta membebaskan Rafizi daripada pertuduhan kedua. – myMetro Online

Tags: kes mahkamahMohd Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerana SM Faisal, Puteri Kena Label Artis ‘Pilih Bulu’

Next Post

Jutawan Muslim Sumbang Semua Harta Meninggal

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Jutawan Muslim Sumbang Semua Harta Meninggal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd