• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Zidane Letak Jawatan Didedah Real Madrid

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid pada minggu lalu amat mengejutkan ramai pihak.

Terbaharu The Sun melaporkan, punca peletakan jawatan Zidane adalah kerana dia bertengkar dengan Presiden Real, Florentino Perez berhubung polisi perpindahan Eden Hazard dan David de Gea.

Selepas memacu Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara kali ketiga dengan menundukkan Liverpool 3-1 pada aksi final 27 Mei lalu, Zidane tiba-tiba membuat keputusan angkat kaki.

Perez mengakui keputusan Zidane sesuatu yang tidak dijangka manakala pengendali kelahiran Perancis itu enggan mendedahkan punca dia meletak jawatan.

The Sun mendakwa Zidane dan Perez bertengkar pada petang sebelum bekas legenda Perancis itu mengumumkan peletakan jawatannya.

Menurut laporan itu, Zidane meminta Perez supaya membawa masuk Hazard tetapi Perez enggan mengikut kehendaknya.

Malah Perez turut memaklumkan kepada Zidane bahawa beliau mahu mendapatkan khidmat De Gea.

Namun Zidane lebih berminat untuk mengekalkan Keylor Navas.

Zidane akhirnya menamatkan pertengkaran itu dengan berkata kepada Perez: “Saya sudah selesai. Anda ambil tugas jaga pasukan.”

Madrid masih belum melantik pengurus baharu dan dijangka mahu mendapatkan khidmat pengurus Hoffenheim, Julian Nagelsmann.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino turut dalam senarai pendek meskipun pengendali berusia 46 tahun itu baharu sahaja menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Spurs. – mStar Online

Tags: Real MadridZinedine Zidane
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd