Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hasrat Gadis Mahu Meninggal...

HASRAT seorang gadis, Racine Pregunta, 20, yang mahu kelihatan cantik ketika dalam keranda...

Akibat Jawab HP Di...

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis...

Mahathir ‘Guna’ Azmin Sekat...

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa...

2 Pelajar Perempuan IPTA...

DUA pelajar perempuan berusia 21 dan 22 tahun dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi...

Pulak Dah! Mahathir Akui Susah Tunai Janji 100 Hari

KANTOI… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya kini mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya sukar untuk menunaikan Janji 100 Hari yang menjadi manifesto gabungan itu.

Perdana Menteri usia tertua di dunia itu sebaliknya beri dalih konon keadaan tersebut disebabkan status kewangan negara ketika ini yang agak teruk diwarisi daripada pihak pentadbiran terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN)

Walaupun pernah buat janji tersebut kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata beliau, ia namun tidak bersandarkan kepada keadaan kewangan negara pada masa ini yang disifatkan sebagai terlalu buruk.

“Kemenangan ini (PH pada PRU lalu) telah membawa beban yang amat besar kerana kita membuat pelbagai janji manis kepada rakyat Malaysia supaya kehidupan rakyat akan menjadi lebih bahagia daripada zaman sebelumnya.

“Kita buat janji berasaskan pengetahuan tidak cukup kerana tidak tahu setakat mana kerosakan berlaku dan hari ini kita dapati walaupun sudah janji dalam masa 100 hari akan tunai 10 perkara, malangnya ia tidak mudah ditangani.

“Sebab itu kita terpaksa mengakui bahawa kita mungkin akan mengambil masa lebih daripada 100 hari,” dalih Mahathir sebagai merujuk kritikan pelbagai pihak bahawa kerajaan PH cuba menipu rakyat dengan pelbagai alasan.

Pengerusi PH dan juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan serta Berbuka Puasa di Masjid Al-Hana, Kuah di pulau legenda Mahsuri tersebut malam tadi.


Media tempatan melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mengakui bahawa kerajaan PH mungkin terpaksa menangguhkan 10 inisiatif yang dijanjikan mereka kononnya kerana isu kekangan kewangan negara.

Kata Setiausaha Agung DAP yang terpalit dengan kes skandal rasuah di mahkamah itu, kerajaan PH memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif tersebut sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Berucap lanjut, Mahathir berharap rakyat akan memahami situasi itu dan seterusnya memberi peluang serta kepercayaan kepada kerajaan PH untuk melaksanakan janji tersebut walaupun ia bakal mengambil masa panjang.

Namun banyak pihak kritik beliau termasuk isu bonus Aidilfitri penjawat awam dan pesara kerajaan dipotong serta terhad gred 41 ke bawah walhal ia sudah diluluskan Parlimen pada akhir tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori