Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunggu Inkues, Jangan Buat...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menasihati semua pihak supaya tidak membuat kenyataan...

Kanak-Kanak 3 Tahun Positif...

NILAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia...

PRU-14: Orang Muda Mengundi...

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali...

Sistem Tadbir Keluarga Islam...

KANGAR - Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal...

Polis Tahan Peguam Ugut Timbalan Pendakwa Raya

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan seorang timbalan pendakwa raya menerima ugutan jenayah dalam kejadian di sebuah mahkamah di sini Khamis lepas.

Sumber polis berkata timbalan pendakwa raya berusia 40 tahun itu membuat laporan polis selepas peguam tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan “keluar nanti tembak dia” kepada anak guamnya sambil membuat isyarat menembak ke arah timbalan pendakwa raya berkenaan.

Menurut sumber, lelaki itu didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut kepada anak guamnya yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah setelah disabitkan kesalahan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ketika tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas penghakiman.

“Kejadian disaksikan oleh seorang lagi timbalan pendakwa raya yang turut mengendalikan kes tersebut dan mendengar perbualan mereka sebelum memaklumkannya kepada mangsa,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan ketika dihubungi mengesahkan penahanan peguam berkenaan.


Lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil dan kes yang disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri untuk tindakan lanjut, kata Thaiveegan. – BERNAMA

Kategori