Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kerana disyaki membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Jalan Beverly Heights, Ampang di sini pada kira-kira 4.40 pagi, Sabtu lalu dan direman sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki itu ditahan susulan aduan yang dibuat setiausaha Pekida Selangor pada 31 Mei lalu mengenai satu artikel di media sosial berkaitan ugutan itu.

“Bagaimanapun, suspek mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...