• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Bernilai RM100,800

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 20 kotak rokok seludup bernilai RM100,800 dalam pemeriksaan ke atas sebuah kereta berhampiran Jalan Ulu Pulai di Gelang Patah, dekat sini, dua hari lepas.

Komandernya, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya berjaya memintas kereta berkenaan, namun, pemandunya yang disyaki seorang lelaki berjaya melarikan diri ke dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran.

“Bertindak atas maklumat berkaitan penyeludupan, seorang pegawai bersama lima anggota PPM Wilayah Dua yang menjalankan Op Landai dengan menggunakan kereta persendirian telah mengekori sebuah kereta Toyota Estima dari arah Pekan Nenas, Pontian menghala ke Gelang Patah, kira-kira 11.30 malam, dua hari lepas.

“Setelah mengekori kenderaan itu selama 15 minit, anggota PPM Wilayah Dua cuba memintas, namun, pemandunya terus memecut kenderaan sebelum berhenti di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Ulu Pulai lalu melarikan diri meninggalkan kenderaan itu dengan enjinnya masih hidup,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Khiu berkata pemeriksaan ke atas kereta itu kemudiannya menemui 20 kotak besar berwarna coklat yang di dalamnya mengandungi 10,000 paket kecil rokok tidak sah berjenama John White.

Beliau berkata kesemua rokok dan Toyota Estima bernilai RM80,000 dibawa ke Markas PPM Wilayah 2 bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

Tags: Rokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd