• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kedah Tegas Kekang Penjualan Mercun Terlarang

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis Kedah hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang penjualan mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata mereka yang berdegil akan berdepan tindakan tegas menurut Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000.

“Saya sudah mengarahkan semua ketua polis daerah dan ketua polis balai (OCS) memberi perhatian perkara ini dan semalam pun dah ada OCS yang membuat rondaan di bazar Ramadan di Pokok Sena dan saya percaya di tempat lain pun sama.

“Tindakan ini perlu kerana bermain mercun adalah berbahaya dan kita tidak mahu tragedi yang menimpa pelajar berusia 14 tahun di Kelantan baru-baru ini terjadi pula di Kedah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pendang dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ampang, DSP Arriz Sham Hamezah menerima tugas selaku Ketua Polis Daerah Pendang, menggantikan Supt. Fadzil Hashim yang dilantik Pegawai Turus Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Kepolisan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Perkep IPD Pendang pula menerima Wan Nur Haniza Wan Zain sebagai pengerusi baharu menggantikan Fariza Abdullah.

Mengulas perkembangan lain, Sahabudin berkata pihaknya akan terus memperketat kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam bersama-sama agensi-agensi lain sepanjang musim perayaan ini.

“Kita tidak bekukan cuti anggota tahun ini namun kita buat secara bergilir-gilir bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi dengan dadah dan bahan larangan lain. Kita juga bersedia dengan apa juga kemungkinan termasuk banjir memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang,” katanya.

Sementara itu mengulas pelantikannya, Arriz Sham berkata beliau akan memberi tumpuan kepada pembanterasan kegiatan berkaitan dadah di Pendang.

“Saya harap semua anggota dapat bekerja bersama-sama bagi menjayakan misi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: mercun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd