• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Go Global eBay Tarik Lebih 3,500 Perniagaan Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang global, eBay, yang melancarkan inisiatif ‘Go Global with eBay’ hampir setahun lepas, berjaya menarik lebih 3,500 perniagaan Malaysia.

Ketua Pertumbuhan Jualan (dagangan Rentas Sempadan SEA) Wong Mei Inn berkata eBay memberi tumpuan kepada penawaran sokongan penjual tempatan memangkinkan pertumbuhan dagangan merentas sempadan dalam negara.

“Usaha di Malaysia kini disetempatkan di seluruh ASEAN dengan tumpuan kepada Thailand, Singapura dan Indonesia,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Wong berkata penjual yang layak untuk Program Akaun Terurus ini boleh mengurus barangan mereka dengan lebih cekap, dengan akses kepada gudang luar negara, di samping kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan pembekal pihak ketiga melalui eBay.

“Tumpuan kami bagi meningkatkan pertumbuhan jualan di Malaysia adalah untuk membolehkan usahawan tempatan berkembang ke peringkat global.

“Kami menyediakan mereka akses ke pasaran asing dengan halangan masuk yang mudah bagi membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan,” katanya.

Wong berkata matlamatnya adalah untuk memanfaatkan tiga destinasi utama eksport kepada penjual Malaysia, iaitu Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom, bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan jualan negara.

Beliau berkata AS kekal sebagai destinasi eksport utama untuk perniagaan yang berpangkalan di Malaysia, dengan 55 peratus daripada penjual Malaysia mengeksport ke negara itu.

“Pengukuhan dolar AS terus memberikan momentum yang baik kepada pengeksport eBay Malaysia, berdasarkan kedudukannya sebagai pasaran terbesar eBay,” katanya.

Peluang eksport runcit di eBay, katanya, sangat mudah diakses oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan Malaysia berbanding industri eksport yang lebih tradisional.

“Perniagaan Malaysia bukan sahaja berpeluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di pasaran tempatan. Berada di eBay membolehkan mereka meneroka pasaran global eBay – diakses oleh 170 juta pembeli aktif yang membeli barangan di seluruh dunia dari lebih satu bilion penyenaraian di pasaran kami,” katanya.

Dengannya, eBay boleh membantu PKS Malaysia memperluaskan peluang perniagaan dan membawa mereka ke tahap pertumbuhan seterusnya, kata Wong.

Beliau berkata eBay komited untuk meningkatkan bilangan PKS Malaysia menerusi kehadiran dalam talian dan eksport dalam talian.

“Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh untuk meraih manfaat daripada peluang perdagangan rentas sempadan yang pesat berkembang, yang diwujudkan oleh e-dagang.

“Menerusi asas perkilangan yang kukuh dan kedudukan tukaran mata wang asing yang menggalakkan, perniagaan Malaysia yang berminat untuk mengembangkan saluran jualan secara dalam talian global, berada pada kedudukan utama untuk berkembang,” katanya.

Wong berkata sebagai penyelesaian sehenti bagi Internet runcit, eBay merupakan platform global yang mengambil kira penggiat tempatan.

Oleh itu eBay, katanya mengambil perhatian tegas ke atas cetak rompak dalam talian dan penjualan dan pengedaran produk palsu dan produk yang melanggar hak harta intelek individu (IP).

“Kami membangunkan program Pemilik Hak Pengesahan (VeRO) yang membolehkan pemilik hak IP dan wakil mereka yang diberi kuasa untuk melaporkan senarai eBay yang mungkin melanggar hak tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: eBay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiket Avengers: Endgame Cecah RM2,040 Di eBay

06/04/2019
0

LOS ANGELES - Tiket jualan awal filem adiwira Marvel, Avengers: Endgame melepasi jualan bagi dua filem terakhir Star Wars dan...

Serpihan Kenderaan Milik Putera Philip Dilelong Di eBay

22/01/2019
0

LONDON – Beberapa serpihan berasal daripada kenderaan yang dipandu oleh Putera Philip, 97, disenaraikan untuk dijual di laman web lelongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd