Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UAE Arah Wanita Warganya...

ABU DHABI - Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Geneva, Switzerland mengarahkan wanita...

Terlepas Gangsa, Keluarga Siti...

KULAI - Walaupun terlepas peluang meraih pingat gangsa acara 400m T20 wanita (masalah pembelajaran)...

“Syukur Kali Ini Ada...

PASTI semua sudah tahu mengenai berita kehamilan pelakon kecil molek, Nora Danish. Sebelum ini,...

Akhirnya Alyah Buka Mulut,...

KISAH terbaru penyanyi Alyah ini di ceritakan kepada wartawan BH Online yang terserempak...

Piala Dunia: Brazil Tunggu 24 Jam Ketahui Nasib Fred

TIMBUL kebimbangan terhadap tahap kecergasan pemain tengah Brazil, Fred pada Khamis selepas dia tersingkir dari sesi latihan di pusat latihan Tottenham.

Fred, yang bersetuju dengan perpindahan £52 juta (RM278 juta) dari Shakhtar Donetsk ke Manchester United awal bulan ini, mengalami kecederaan pada buku lali sewaktu berdepan dengan pemain tengah Real Madird, Casemiro di padang.

“Hari ini Fred mengalami trauma di buku lalinya. Sudah terlalu awal untuk mengatakan, kita perlu melihat bagaimana perkembangannya dalam masa 24 jam yang akan datang,” kata doktor, Rodrigo Lasmar ketika ditanya mengenai diagnosis lengkap pada petang Khamis.

“Dia mula menjalankan senaman selepas itu. Esok kita akan tahu sama ada dia perlu diperiksa lagi atau tidak,” tambah doktor.

Sesi latihan yang berlangsung selama 10 hari sebelum Brazil membuka perlawanan menentang Switzerland pada Piala Dunia di Rusia, diteruskan tanpa Fred.


Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kesakitan sebelum pegawai perubatan datang membantu merawatnya. – mStar Online

Kategori