• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Diminta Hentikan Politik Balas Dendam

oleh Haris
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghentikan amalan politik balas dendam terutamanya terhadap penjawat awam.

Menerusi satu kenyataan, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, tindakan tersebut merupakan penindasan terhadap perkhidmatan awam dalam melucutkan hak-hak Perlembagaan mereka.

Justeru, kerajaan diminta menghormati hak-hak tersebut dan melayani mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam ini secara adil.

“Kami bimbang bahawa ini boleh dianggap sebagai ancaman dan penindasan terhadap perkhidmatan awam dalam cubaan untuk melucutkan hak-hak Perlembagaan dan demokratik penjawat awam untuk kebebasan berpihak dan kebebasan siapa yang mereka mahu sokong.

“Untuk memastikan negara ini kekal bersatu, terus maju dan demokratik, maka amalan politik balas dendam perlu dihentikan,” kata kenyataan itu.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan kesetiaan sesetengah anggota perkhidmatan memandangkan sesetengah dari mereka menyokong BN secara serius.

Ia disusuli kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun bahawa kerajaan negeri sedang melakukan proses mengesan dan mengenal pasti kakitangan awam yang berkempen untuk BN pada pilihan raya umum yang lalu.

Menerusi kenyataan itu lagi, kerajaan terdahulu tidak pernah menghalang kakitangannya menyokong parti pembangkang dan mengetahui kecenderungan politik mereka.

Bagaimanapun, kerajaan BN tidak menjadikan perkara itu sebagai mangsa kerana pendirian politik mereka.

Dr Mahathir

“Semasa pentadbiran BN, kita tahu ramai penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang. Mereka termasuklah warga angkatan tentera.

“Bagaimanapun, BN tidak memaksa mereka untuk menyokong parti pemerintah atau tidak menjadikan mereka mangsa kerana pendirian politik mereka,” katanya.

Jelasnya, Perlembagaan BN membolehkan semluruh rakyat, tidak kira sama ada dalam perkhidmatan awam atau tidak, mempunyai kebebasan bersekutu dan hak mereka untuk menyokong siapa yang mereka mahukan.

Ujarnya, kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya meminta mereka untuk berkhidmat kepada kerajaan dengan penuh kesetiaan dan tidak membiarkan politik mengganggu kerja mereka. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: pakatan harapanTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd