• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruncit Kongsi Manfaat GST Kepada Pengguna

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berharap pengguna akan terus menikmati harga barangan yang lebih rendah, susulan keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, sehubungan itu para peruncit perlu berkongsi kebaikan itu kepada pengguna.

Zeti turut memaklumkan cukai berkadar sifar itu telah meningkatkan perbelanjaan dalam kalangan rakyat.

“Ia sesuatu yang baik. Ramai pengguna mengakui ekonomi semakin rancak sekarang dan ramai orang mula membelanjakan wang.

“Tetapi kami berharap peruncit juga akan berkongsi manfaatnya kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat harian CEP di Menara Ilham, di sini, hari ini.

Kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan GST berkadar sifar berkuatkuasa 1 Jun selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pada 9 Mei lepas.

GST yang diperkenalkan kerajaan terdahulu pada 2015 dengan kadar enam peratus akan dihapuskan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini. – BERNAMA

Tags: peruncitTan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rezeki Peruncit Mencurah Ketika PKP

02/04/2020
0

KOTA BHARU - Bagaikan rezeki mencurah-curah bagi peruncit, Nurul Hakimah Hazman dari Kampung Cherang apabila beliau mampu menjual lebih 1,000...

Peruncit Rayu Rebat Sewa 6 Bulan Kesan Covid-19 Pada Jualan

17/02/2020
0

PETALING JAYA - Sekumpulan persatuan peruncit merayu pusat membeli-belah dan pemilik rumah kedai memberikan rebat sewa sehingga 50% selama 6...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd