• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persembah Nama Pengganti Kepada Sultan Selangor

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengesahkan mempersembahkan satu nama daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.

Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada nama calon menteri besar itu adalah dalam kalangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedia ada ataupun sebaliknya.

“Saya mempersembahkan (nama calon MB) kepada tuanku setelah berbincang dengan kepimpinan PKR…saya telah dapat pengesahan nama untuk dipersembahkan kepada tuanku untuk exco dan juga menteri besar.

“Nama (bakal calon MB) akan diketahui esok,” katanya secara ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor terpaksa melepaskan jawatan menteri besar yang disandangnya berikutan pelantikan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas PH berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Mohamed Azmin turut mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum itu.

Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantikan beliau iaitu ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua, Amiruddin Shari.

Istana Selangor sebelum ini mengumumkan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan esok di Istana Alam Shah, Klang.

Bernama difahamkan majlis raptai penuh bagi upacara angkat sumpah itu akan berlangsung hari ini. – BERNAMA

Tags: Azmin AliSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd