• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlembagaan Jamin Kedudukan Institusi Beraja

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menjamin kedudukan dan kelestarian institusi beraja di negara ini.

Di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, katanya, perkara berkaitan dengan Raja dan hak-hak istimewa, kebesaran dan kedudukannya tidak boleh langsung dibawa ke Parlimen untuk dipinda kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat terutama orang Melayu supaya jangan bimbang mengenai kedudukan institusi beraja di negara ini, yang didakwa akan tergugat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menjadi panel Bicara Persada Ke-46 di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Bicara Persada ‘Mendepani Cabaran Melestari Institusi Beraja’ anjuran UKM itu turut disertai Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz; Felo Utama Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong dan Exco Pendidikan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir.

Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata terdapat lebih 480 perkataan ‘Yang di-Pertuan Agong’ dalam Perlembagaan Persekutuan dan ini menggambarkan bahawa peranan institusi beraja adalah sangat penting dalam pentadbiran negara.

Sementara itu, Shamrahayu berkata rakyat perlulah faham tentang kepentingan dan mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh institusi raja dalam memartabatkan negara sejak dahulu lagi.

“Jika bukan kerana kebijaksanaan dan keberanian Raja-Raja suatu ketika dahulu, Tanah Melayu sudah direpublikkan. Tetapi kerana jasa Raja-Raja, orang bukan Melayu juga mendapat status kewarganegaraan.

“Jika tiada raja, mana masa depan peradaban kita, apa nasib agama dan bangsa kita?” katanya.

Sehubungan itu, dalam situasi pasca PRU14, beliau menasihati masyarakat untuk tidak taksub dengan politik kepartian sehingga memberi tekanan kepada institusi beraja.

Mohd Asyraf Mustaqim pula mencadangkan supaya lebih banyak program dibuat bagi mendekatkan institusi beraja dengan rakyat.

Dengan cara ini rakyat akan lebih memahami peranan institusi beraja dan prosedur yang perlu diambil oleh pihak istana dalam membuat sesuatu keputusan yang besar seperti pelantikan perdana menteri dan peguam negara, katanya. – BERNAMA

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd