Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

UNISZA Sedia Bilik Pelajar...

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif membuka penempatan sementara...

Datuk 17 Cucu Henti...

SINGAPURA - Setiap hari, dianggarkan purata tujuh rakyat Singapura maut akibat penyakit berkaitan...

Tiga Anugerah Bakar Semangat...

KUALA LUMPUR - Tiga anugerah dimenangi Muhammad Safawi Rasid pada Anugerah Bola Sepak...

Pasaran Modal Malaysia Lebih...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan,...

Peramal Ditahan Bocor Soalan Kemasukan Universiti

HONG KONG – Seorang ‘tutor selebriti’ Hong Kong yang terkenal selepas menjanjikan kejayaan dalam peperiksaan untuk pelajar yang tertekan mencapai keputusan cemerlang, didakwa biro antirasuah bandar ini kerana membocorkan soalan untuk peperiksaan kemasukan universiti awam.

Siao Chi-yung, 42, atau juga dikenali secara profesional sebagai Siu Yuen, mempunyai kerjaya menguntungkan berdasarkan kebijaksanaan meramal soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan umum.

Media tempatan melaporkan Siao meraih pendapatan tahunan HK$16 juta (RM8.1 juta) dengan mengajar bahasa Cina, iaitu mata pelajaran teras untuk kurikulum sekolah Hong Kong.

Dia kini berdepan tuduhan memperoleh bahan peperiksaan rahsia secara haram.

Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah Hong Kong mendakwa, siasatan mendapati seorang bekas pemeriksa dan isteri Siao menggunakan telefon pintar mereka untuk menghantarnya soalan sulit bagi ujian bahasa Cina untuk peperiksaan kemasukan universiti.


Siao berdepan dua tuduhan bersama dua bekas pemeriksa, membabitkan konspirasi memperoleh akses kepada komputer dengan niat tidak jujur.

Dia juga menghadapi tuduhan ketiga bersama isterinya, Tsai Ying-ying – juga tutor bahasa Cina – kerana mengakses komputer dengan niat tidak jujur. – AFP/myMetro Online

Kategori