• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dipenjara 12 Bulan Ugut Anggota Rela

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang peniaga alat ganti kenderaan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengugut dan menghalang tugas seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Jonker Walk, Ahad lepas.

Majistret Mohd Firdaus Salleh menjatuhi hukuman itu terhadap Soon Wei Meng, 42, selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan serentak bermula hari ini.

Ini bermakna, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membuat ugutan jenayah terhadap Loke Yee Wei, 33, yang sedang bertugas, dengan menggunakan rotan di tepi Jalan Tokong, Jonker Walk di sini pada 6.45 petang, 24 Jun lepas.

Bapa tunggal dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Soon didakwa sengaja menghalang tugas Loke selaku penjawat awam di lokasi, waktu dan hari yang sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memandu secara melawan arus dan mangsa mengarahkannya berpatah balik namun, dia memandu kereta dengan laju ke arah mangsa seperti ingin melanggarnya sebelum berhenti dan turun dari keretanya dengan membawa rotan untuk mengugut mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya serta masyarakat berikutan kejadian kes tersebut menjadi perhatian umum selepas video berdurasi 4.23 saat itu tular di media sosial baru-baru ini.

Soon bagaimanapun merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan dia baru sahaja bercerai dengan isterinya dan perlu menanggung dua anak serta ibu bapa yang sudah tua. – BERNAMA

Tags: Anggota Relapeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PLKN Kumpulan Tiga Siri 15/2018 Ditangguhkan

Next Post

Ingat Tak Tilam Lejen Ni? Bandingkan Kes Anwar, Najib

Related Posts

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Siasatan 5 Individu Termasuk Anak MB Perlis Turut Babitkan Minuman Untuk Raja

Komen Jelik Nahas Helikopter: Peniaga Hidap Bipolar Didenda RM23,000

26/04/2024
0

TAIPING: Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mengeluarkan komen jelik berhubung nahas...

Next Post

Ingat Tak Tilam Lejen Ni? Bandingkan Kes Anwar, Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd