Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan Warga Emas Yang...

KISAH penuh pengajaran ini dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial laman sosial Facebook...

4 Faktor UMNO Parti...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menjelaskan empat faktor utama yang dijunjung...

Kenyataan Letak Jawatan Tun...

LANGKAWI - Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan hanyalah...

Tiada Jangkitan Virus Rabies...

BERA – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila...

Pengusaha Kereta Sewa Berdepan Hukuman Mati

MELAKA – Seorang pengusaha kereta sewa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia, yang merupakan pemegang status Penduduk Tetap negara ini, pada awal bulan ini.

Shamshuri Mohamad, 48, yang berpakaian lokap, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Keat, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Dia didakwa melakukan pembunuhan dengan melanggar Yuliana, 40, dengan kereta jenis Perodua Myvi hingga menyebabkan kematian antara 11.20 pagi hingga 1 tengah hari pada 4 Jun lalu di kawasan tambak pasir Dataran 1Malaysia Klebang.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 21 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – BERNAMA

Kategori