• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Grab Harap APAD Bela Nasib Mereka

oleh
07/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan keyataan seolah-olah mahu menghapuskan perkhidmatan Grab bagi mengambil hati pemandu teksi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kemudian berdolak-dalik dengan menafikan pernah ada mengeluarkan kenyataan tersebut yang konon dilihat cuba mengelirukan rakyat.

Terbaharu, kerajaan PH telah mengumumkan akan mewujudkan entiti baharu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Keputusan tersebut sekali gus memberi tanda bahawa perkhidmatan e-haling akan diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun hal ini telah menimbulkan perasaan tidak senang pemandu teksi dan berhasrat mahu mengadakan mogok supaya kerajaan menghapuskan operasi Grab di negara ini.

Tindakan pemandu teksi ini turut memberi kerisauan kepada penguasaha Grab jika pemandu teksi berjaya mendesak kerajaan PH untuk menghapuskan kewujudan Grab.

Baca: Badan Teksi Tuntut Kerajaan PH Tegas Haram Grab

Kini, APAD dilihat menjadi tempat bergantung penguasaha Grab supaya kerajaan dapat membela nasib mereka.

Bahkan, rata-rata netizen menerusi komen dalam media sosial tempatan meluahkan perasaan tidak senang jika Grab dihapuskan oleh pihak kerajaan kerana tunduk tuntutan pengusaha teksi.

Sebahagiannya menganggap pemandu Grab sanggub bersengkang mata semata-mata mahu mencari rezeki.

Manakala terdapat netizen yang menggelar dirinya Nizal Syafiq di akaun Facebook telah bertemu seorang pemandu Grab yang dikenali sebagai Pak Kadir berkongsi kisah pemandu tersebut.

Katanya, Pak Kadir merupakan bekas jurutera mekanikal terpaksa menjadi pemandu Grab sebagai pekerjaan utama setelah diberhentikan kerja dari syarikatnya.

Walaupun mempunyai pengalaman bekerja selama 13 tahun namun susah baginya mendapatkan pekerjaan baru kerana kebanyakan syarikat mahu jurutera muda.

Oleh demikian, Pak Kadir tiada pilihan lain dan terus bekerja sebagai pemandu Grab bagi menyara keluarga.

Selain Pak Kadir, Nizal Syafiq telah bertemu beberapa pemandu Grab lain seperti pelajar PhD, bekas pegawai bank, bakal doktor, guru dan pelajar yang mahu menyara diri dan keluarga demi sesuap nasi.

Bayangkan bagaimana jika Grab dihapuskan? Adakah pengusaha Grab mampu menyara kehidupan dengan mendapatkan pekerjaan yang setanding dengan kelayakan latar belakang mereka?

Tidak dinafikan, pengusaha Grab juga seperti pemandu teksi bekerja mahu mencari rezeki. Namun, wajarkah kerajaan memperlakukan mereka dengan bersikap tidak adil? – MYNEWSHUB.CC

Tags: APADGrabTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial mendakwa adiknya berdepan pengalaman mencemaskan apabila pemandu perkhidmatan e-hailing dipercayai menggunakan telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd