• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Jengka Lapor Polis Tidak Terima Insentif

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Seramai 100 peneroka Felda Jengka di sini membuat laporan polis mendakwa pengurusan tertinggi Felda gagal melunaskan bayaran insentif khas kepada mereka sebanyak RM5,000 masing-masing.

Wakil kumpulan itu Razali Ithnain, 56, dari Felda Jengka 10 berkata bayaran berkenaan merupakan janji yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai tahun lalu.

Untuk rekod, insentif berkenaan dibayar kepada 94,956 peneroka Felda pada Ogos tahun lalu.

Menurut Razali sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang bayaran sedangkan ramai antara peneroka lain sudah menerima bayaran masing-masing sejak Ogos tahun lalu.

“Apabila ditanya kepada pengurus Felda mereka suruh kami menunggu bulan depan…selepas bulan depan, tunggu lagi bulan depan sampailah sekarang kami tidak terima satu sen pun,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Sementara itu, seorang lagi peneroka di Felda Jengka 10, Awang Daud, 66 berkata dia merasa tertipu apabila terpaksa memulangkan kembali wang RM5,000 yang diterimanya apabila pengurusan Felda mendakwa berlaku tersalah akaun.

Katanya dia menerima wang itu pada 2 Januari lalu namun pada 5 Januari kerani pejabat pengurusan datang berjumpanya dan meminta agar wang tersebut dikembalikan kerana tersalah masuk akaun.

“Tanpa sebarang syak, saya pulangkan semula sebelum merujuk hal berkenaan kepada pengurus rancangan.

“Tidak ada sebarang resit diberikan ketika wang diambil semula, tetapi selepas saya tanya pengurus rancangan barulah mereka bagi resit yang tertulis ‘salah masuk akaun’,” katanya.

Menurutnya susulan kejadian itu anaknya membuat semakan dengan ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur dan dimaklumkan status bayaran insentif kepadanya telah dibuat dan tiada arahan wang ditarik balik.

Katanya pihak Felda kemudian memintanya memberikan nombor akaun bank lain namun sehingga kini tiada bayaran diterima. – BERNAMA

Tags: laporan polisPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Serah Kepada Peguam Tentukan Harta Parti

Next Post

Penyokong Mexico Berpesta Rai Korea Selatan

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Penyokong Mexico Berpesta Rai Korea Selatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd