• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Solo Berhasrat Cipta Satu Rekod Dunia

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin berhasrat mencipta sekurang-kurangnya satu rekod dunia dalam sukan lasak berkenaan yang merupakan pencapaian tertinggi dalam hobinya itu sejak aktif pada 2014.

Anak kelahiran Terengganu yang berusia 51 tahun itu berkata rekod tertinggi yang berjaya dicipta ialah apabila menerima dua pengiktirafan Asia Book of Records (ABOR) bagi pendakian solo di Banjaran Himalaya pada 2017 dan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali tanpa henti selama 24 jam pada Disember 2016.

“Setakat ini saya telah mempunyai tujuh rekod pendakian yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) dan dua rekod yang diiktiraf ABOR antara 1997 hingga tahun lepas.

“Bagi saya sekiranya dapat mencipta rekod yang diiktiraf di peringkat dunia, ia sudah cukup membanggakan dalam tempoh lebih 20 tahun aktif mendaki dan saya rasa lengkap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil ABOR bagi dua pencapaian di peringkat Asia itu di sini, hari ini.

Sijil berkenaan disampaikan Ketua Editor ABOR, Dr. Biswaroop Roy Chowdhury.

Mohd Noor yang merupakan Jurugambar Utusan Malaysia itu berkata beliau bercadang untuk melakukan pendakian solo di Gunung Kinabalu untuk pendapatkan pengiktirafan dunia pada masa hadapan namun sasaran untuk rekod tersebut masih difikirkan.

Beliau berkata selagi mempunyai kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan mental, aktiviti pendakian berkenaan diteruskan dalam usaha mencipta lebih banyak rekod baharu yang diiktiraf MBOR, ABOR dan seterusnya di peringkat dunia.

Bekas jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Berita Harian itu berkata disiplin dan semangat yang tinggi penting untuknya terus melakukan hobi berkenaan walaupun telah berusia.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus mendaki dan mencipta rekod yang lebih baik untuk saya sendiri,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu berkata antara insiden yang tidak dapat dilupakan sepanjang melakukan pendakian solo ialah beliau hampir kehilangan jari hantu tangan kirinya apabila mengalami ‘reput fros’ selain perlu mengharungi ribut salji ketika melakukan pendakian di Banjaran Himalaya antara 25 April hingga 17 Mei 2017.

Beliau berkata dia bersyukur jari berkenaan dapat diselamatkan daripada dipotong apabila mendapat rawatan awal ketika melakukan pendakian dan berjaya menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya iaitu Gokyo Ri pada ketinggian 5557 meter (m), Nagarjun Peak (5,100 m), Chukung Ri (5,550 m), Kongma La Pass (5,500 m), Khalapattar (5,550 m), Kem Asas Eve­rest (5,364 m) dan Chola Pass (5,420 m).

“Kejadian itu tidak pernah mematahkan semangat saya walaupun tempoh untuk jari saya pulih sepenuhnya mengambil masa lebih tiga bulan,” katanya.

Mohd Noor merupakan jurugambar pertama di dunia yang berjaya memproses filem berwarna secara manual di Kem Asas Everest pada 1997 yang mendapat pengiktirafan MBOR selain pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan fotografi Sukan Komanwel pada 1998. – BERNAMA

Tags: pendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd