• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaziran Makanan Pada Bulan Ramadan Meningkat

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKANAN tidak dihabiskan atau tidak terjual di bazar Ramadan merupakan antara penyumbang utama peningkatan kutipan harian sisa pepejal yang dipungut syarikat konsesi Alam Flora​​.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan. berkata pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat dengan pertambahan kutipan sampah sebanyak 511 tan metrik di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tempoh 25 hari berpuasa.

Sepanjang tempoh itu 44,634 tan metrik sampah dikutip di Kuala Lumpur iaitu peningkatan 132 tan metrik berbanding 44,502 tan metrik dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala di Putrajaya 1,870 tan metrik sampah dikutip sepanjang 25 hari berpuasa, meningkat 379 tan metrik berbanding 1,491 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata di Pahang bagaimanapun berlaku pengurangan yang drastik di mana sampah yang dibawa ke tapak pelupusan sepanjang 25 hari berpuasa ialah sebanyak 11,121 tan metrik iaitu pengurangan 10,135 tan metrik berbanding 21,256 tan metrik dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Mohd Zain berkata selain makanan bahan pembungkusan seperti beg plastik dan pek polisterin turut menyumbang kepada peningkatan itu.

Sementara itu, lebih 3,000 petugas Alam Flora akan terus menjalankan kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam seperti biasa di sepanjang cuti perayaan Aidilfitri.

“Musim perayaan tidak akan mengubah jadual atau perjalanan operasi Alam Flora dan kami telah membuat persediaan awal kerana menjangkakan jumlah kutipan sampah akan meningkat terutama di kawasan populasi penduduknya tinggi,” katanya.

Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. – BERNAMA

Tags: Alam Florabazar ramadanmakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd