• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Tommy Sebagai Peguam Negara Tepat

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilakukan tatkala negara sedang mengalami perubahan besar, kata The Centre for A Better Tomorrow (CENBET).

Dalam kenyataan di sini, hari ini, CENBET percaya Thomas memiliki kewibawaan yang diperlukan untuk menjalankan tugas yang diberikan berdasarkan rekod dan pengalaman sebagai peguam terkemuka bagi tempoh lebih 40 tahun dalam bidang kepakaran itu.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Thomas atas pelantikannya sebagai Peguam Negara dan gembira pencalonannya telah disokong Majis Peguam dan kalangan pengamal undang-undang umumnya.

“Sebagai kumpulan yang memperjuangkan ketelusan dan tadbir urus baik, kami juga gembira kerana akhirnya, pelantikan beliau bukan berdasarkan bangsa atau fahaman tetapi merit,” katanya dalam kenyataan.

CENBET juga berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V perlu diberi pujian kerana mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menyatakan kerajaan persekutuan telah bertindak bijak dalam memadamkan potensi krisis perlembagaan.

“Drama yang berlaku sebelum pelantikan itu, bagaimanapun perlu menjadi peringatan terhadap cubaan untuk mengatasi kuasa perlembagaan, yang kita semua perlu pertahankan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, CENBET berharap Thomas akan dapat menjalankan tugasnya sepertimana diharapkan rakyat dengan mendukung kedaulatan undang-undang pada standard tertinggi, termasuk keutamaan untuk mendakwa kes-kes rasuah berprofil tinggi untuk membuktikan kerajaan baharu sifar toleransi terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Pada 4 Jun, Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah memberi perkenan bagi pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Tommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd