Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Leonardo Dicaprio, Teman Wanita...

AKTOR terkenal, Leonardo DiCaprio dan teman wanitanya, Nina Agdal; 24, dilapor terlibat kemalangan...

KL Catat 100 Peratus...

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur muncul negeri kedua mencatatkan 100 peratus kadar pendaftaran...

Dr. Amalina Puji Catriona...

PELAKON drama popular, Jangan Benci Cintaku, Catriona Ross, berbesar hati apabila Dr. Nur...

Kepimpinan Tertinggi BN Sertai...

PEKAN - Siri Ceramah Rakyat oleh wakil pemimpin parti kompenan Barisan Nasional (BN)...

Akan Laksana Pelan Tindakan Sejahtera Kanak-Kanak

INISIATIF Kerajaan menangani masalah pendidikan, kesihatan, nutrisi, sosial dan kemiskinan dari kalangan kanak-kanak akan dilakukan melalui Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, prinsip, objektif dan formula penyelesaian akan digariskan dalam pelan tersebut dalam tempoh sebulan dibentuk.

Tambahnya, lima kementerian akan bekerjasama merangka pelan ini yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bertindak sebagai sekretariat.

“Mesyuarat antara kementerian yang diadakan hari ini adalah untuk mewujudkan koordinasi serta menunjukkan kemahuan politik dan kesungguhan kita bagi menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

“Kita tidak boleh mendakwa diri kita sebagai masyarakat prihatin jika kita meminggirkan mereka yang memerlukan.

“Kita tidak boleh bercakap mengenai masa depan yang lebih baik sekiranya kira-kira satu daripada tiga atau satu daripada empat anak-anak kita hidup dalam kemiskinan,” katanya pada akhbar tempatan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.


Turut hadir, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun dan Timbalan Perwakilan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Dr. Amjad Rabi.

Wan Azizah berharap pelan hala tuju itu akan tampil dengan pelbagai program komprehensif untuk mengatasi masalah berkenaan.

Berikutan itu, beliau mahu negara berubah daripada amalan bantuan berbentuk kebajikan kepada bantuan membolehkan rakyat lebih berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori