• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dipaksa Buka Coli Kerana Cetus Bunyi Penggera

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun telah dimalukan apabila diminta buka colinya hanya disebabkan dawai pada coli itu menyebabkan mesin pengesan logam berbunyi ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Ketika itu pelajar terbabit mahu memasuki dewan untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke sebuah universiti di Rusia.

Peperiksaan itu setaraf dengan A Levels dan diwajibkan untuk memasuki pelbagai universiti di Rusia.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Nizhnekamsk.

Selepas membuka colinya, gadis itu terpaksa berjalan masuk melalui pengesan logam. Disebabkan dia memakai baju yang jarang maka ia menampakkan bentuk badannya.

Perkara terbabit telah disuarakan oleh kakaknya yang tidak berpuas hati dengan cara pemantauan keselamatan dijalankan.

Bukan itu sahaja, kakaknya turut mendakwa gadis-gadis juga dipaksa membuka seluar dalam.

“Pengawal keselamatan itu menahan adik saya, memaksanya buka coli dan berjalan masuk menerusi mesin pengesan logam dengan baju yang jarang dan lebih malang, pengawal keselamatan terbabit lebih fokus kepada bahagian dadanya.

“Sudah tentu dia menjadi histeria. Apa yang boleh dia tulis dalam peperiksaannya selepas kejadian itu,” soal kakaknya.

Bagaimanapun jurucakap jabatan pendidikan Rusia menafikan keadaan terbabit.

Pemeriksaan keselamatan itu dijalankan bagi mengelakkan pelajar membawa masuk micro-headphones dan peralatan lain ke dalam dewan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: coli
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

20/08/2024
0

MUAR - Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri coli pada Sabtu lalu....

Kitar Semula Coli Lama Anda

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Sesetengah pakaian lama terutamanya yang masih dalam keadaan elok memang sayang untuk dibuang, jadi sering kalinya diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd