• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Satu Tanggungjawab Yang Hebat

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam kanan Tommy Thomas berkata beliau merasa terharu terhadap pelantikannya sebagai Peguam Negara yang baharu dan menyifatkan pelantikan itu sebagai satu “tanggungjawab yang hebat”.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undang-undangnya di Jalan Ara, Bangsar, di sini, hari ini, Thomas mengesahkan bahawa beliau telah bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama beberapa minit pagi ini dan akan bertemu dengan PM semula, esok.

Beliau tersenyum lebar ketika menerima ucapan tahniah atas pelantikannya.

“Terima kasih banyak tetapi lebih elok saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukkan minat,” kata peguam terkemuka itu kepada wartawan yang menunggu di pejabatnya sejak pagi.

Peguam berusia 66 tahun itu akan mengambil alih daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang sedang bercuti sebulan.

Ditanya samada beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Peguam Negara di Putrajaya esok, Thomas berkata ini akan mengambil masa beberapa hari.

Saya tidak akan berada di pejabat pagi esok seperti yang telah saya nyatakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaan (proses pelantikan).

“Apa yang pasti saya tidak akan ke pejabat esok,” katanya.

Ditanya mengenai ucapan tahniah oleh Mohamed Apandi terhadapnya atas pelantikan itu, Thomas berkata “Terima Kasih, Terima Kasih.”

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Tommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd