Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanggup Belanja RM57,000 Untuk...

SEPASANG suami isteri yang mempunyai tujuh anak perempuan, sanggup berbelanja kira-kira RM57,000 untuk...

Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma...

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada...

Muhd Syafiq Dapat Emas...

KUALA LUMPUR - Penerjun negara, Muhd. Syafiq Puteh memberikan pingat emas pertamanya di...

Amira Othman Akui Single...

MULA dikenali ramai selepas dua lagunya sebelum ini mendapat sambutan, penyanyi, Amira Othman...

Patriot Puji Keputusan Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, mengarahkan kakitangan kementeriannya untuk tidak menghadiri majlis politik beliau sebagai satu tanda beliau seorang ahli politik sejati.

Presidennya, Brig-Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji sambil memuji kenyataan menteri itu berkata keputusan Salahuddin menggambarkan pemahaman dan pengetahuan tentang peranannya sebagai menteri dan ahli politik.

“Kenyataan Salahuddin dapat dilihat sebagai ciri ahli politik sejati kerana tidak mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai menteri untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang yang penyayang dan seorang ahli politik sanjungan.

“Kami mahu kerajaan baharu untuk mengambil petunjuk daripada kenyataan Salahuddin dan menerima pakainya sebagai satu dasar bagi semua menteri atau timbalan menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semasa satu majlis di Kota Bharu, Khamis lepas, Salahuddin dilaporkan berkata penjawat awam di bawah kementeriannya diingatkan supaya tidak menghadiri majlis politiknya tetapi memberi khidmat kepada rakyat dan bukan menjadi penjawat awam politik.


“Kami percaya dasar sedemikian akan menghalang penyalahgunaan yang begitu berleluasa pada masa lepas dan dengan itu menjimatkan kakitangan kementerian daripada melaksanakan fungsi di luar skop tanggungjawab jabatan mereka,” kata Mohamed Arshad.

Katanya ketua jabatan perlu mengeluarkan arahan khusus kepada kakitangan dengan menjelaskan apa yang menjadi tugas politik dan bukan sekadar untuk memastikan jumlah orang yang ramai pada sesuatu majlis. – BERNAMA

Kategori