• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pamer Sikap Rasis, Lim Guan Eng Terus Dikecam

oleh
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN rasmi kerajaan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin terus dipersoal dan menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak.

Tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan tersebut semalam disifatkan mencabuli Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

Berikutan itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap kenyataan tersebut tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan Kementerian Kewangan yang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin bukan hanya dilihat seperti memberi fokus hanya kepada pengguna bahasa tersebut tetapi juga cuba untuk mengubah norma bahasa yang diguna pakai kerajaan.

“Ini bukan hanya seolah-olah mencabar mereka yang mendukung bahasa rasmi Persekutuan tetapi juga merosakkan usaha menyatupadukan negara dengan satu bahasa bersama,” kata Khairy.

Beliau menambah, kerajaan persekutuan perlu bijak mengeluarkan kenyataan yang ingin ditujukan supaya rakyat faham terhadap mesej yang ingin disampaikan.

“Jika kenyataan tersebut adalah untuk kegunaan pembaca antarabangsa sekalipun, kenapa tidak kenyataan itu dibuat dalam bahasa Inggeris seperti mana yang dilakukan Kementerian Kewangan pada awal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan?

“Tanpa sebab munasabah dalam menggunakan bahasa Mandarin, kerisauan saya adalah tindakan ini akan terus meniup api kemarahan kepada segmen majoriti di Malaysia yang sudah sedia ada rasa tercabar sejak beberapa minggu ini,” ujarnya.

Selain itu, rata-rata netizen dalam media sosial turut mengkritik tindakan Guan Eng yang sepatutnya menggunakan bahasa kebangsaan dalam mengeluarkan kenyataan rasmi.

Tindakan Guang Eng ini juga dianggap sebagai bersifat perkauman Cina dan cuba menutup sikap tersebut dengan menyatakan beliau “bukan berbangsa China tetapi bangsa Malaysia”.

Lebih jelas lagi apabila seorang lagi ahli DAP dalam Pakatan Harapan, Teresa Kok pernah mengkritik tulisan Jawi dan menganggap tulisan Jawi tidak patut digunakan.

“Apakah rasional DBKL menukar banyak papan tanda jalan yang masih baik kepada papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi?

“Kuala Lumpur merupakan ibu kota yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Kuala Lumpur langsung tidak faham tulisan Jawi, kenapa DBKL memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Kuala Lumpur?” Katanya dalam satu kenyataan.

Ironinya, bahasa kebangsaan yang cuba diperlekehkan dengan sengaja menggunakan bahasa lain dalam kenyataan rasmi kerajaan menampakkan sikap perkauman dan cuba menggugat persepaduan rakyat.

Kerajaan sepatutnya menggunakan bahasa Melayu melalui semua bentuk komunikasi dalam negara bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bahasaGuan EngKenyataan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Sepatutnya Hadir Kawad Cam” – Siti Kassim

Next Post

Pelabur Asing Jual Saham, Pasaran Terus Merosot

Related Posts

Polis Tumpaskan Kegiatan Seks Bertukar Pasangan, Tahan 36 Individu

Duta Asing Dinasihatkan Berhati-hati Keluar Kenyataan Berkaitan Palestin

30/08/2024
0

REMBAU - Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan duta asing di negara ini supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan...

Amanat Terakhir Agong Ke-16

Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Akan Keluar Kenyataan

30/01/2024
0

Kuala Lumpur: "Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa pada...

Next Post

Pelabur Asing Jual Saham, Pasaran Terus Merosot

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd