• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Komited Untuk Jadi Bandar Raya Terbersih

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan terus komited untuk menjadikan negeri ini sebagai sebuah bandar raya terbersih dan mencapai kualiti kehidupan yang terbaik, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Chow berkata kerajaan negeri akan memulakan satu inisiatif baharu yang akan menjadikan Pulau Pinang negeri paling hijau dan bersih di negara ini serta menjadi satu pusat ekonomi yang hebat melalui semangat kesukarelaan menerusi usahasama dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan negeri melalui kesinambungan kepada inisiatif Hijau, Selamat dan Sihat sepanjang 10 tahun ini telah cuba dengan sedaya upaya membawa kepada perubahan dan minda untuk mengamalkan budaya yang bersih, hijau supaya kita dapat menangkis gelaran negeri ‘Pulau Pinang Darul Sampah’ yang diberikan satu ketika dulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘PlogClean’ peringkat negeri di sini hari ini.

Chow berkata beliau yakin Pulau Pinang dapat mencapai pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar tanpa mengorbankan alam sekitar untuk tujuan pembangunan.

“Kerajaan Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk merealisasikan visi menjadikan negeri ini sebuah negeri yang bersih, hijau, selamat, sihat dan ceria. Ini merupakan satu respons kepada isu perubahan iklim dan paradigma pembangunan mampan yang berubah,” katanya.

Beliau berkata Agenda Hijau Pulau Pinang (2018-2030) bertujuan menggubal strategi-strategi bagi mengguna pakai serta membina satu komuniti yang berdaya tahan di Pulau Pinang untuk menyahut cabaran-cabaran alam sekitar di masa hadapan, yang merangkumi segala matlamat pembangunan lestari. – BERNAMA

Tags: Bandar rayaPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd