• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olivier Giroud Tetap Pilihan Utama Deschamps

oleh AK-47
12/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTRA – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menghabiskan sebahagian hari pertamanya di Russia dengan mempertahankan cadangan untuk tetap menurunkan penyerang Chelsea, Olivier Giroud sebagai kesebelasan utama dalam aksi pertama menentang Australia.

Giroud meledak gol ke-31, sekali gus meletakkan namanya sebaris dengan bintang Perancis, Zinedine Zidane, tetapi pemain Barcelona, ​​Ousmane Dembele juga menuntut tempat di barisan serangan selepas beraksi cemerlang pada perlawanan pra Piala Dunia, sebelum ini.

“Jangan mengambil apa-apa kualiti Olivier daripadanya kerana dia menjaringkan banyak gol, dan tanpa mengira sama ada cantik atau tidak, ia masih menjadi gol.

“Dia adalah seorang penjaring terbanyak dengan profil gol yang berbeza,” kata Deschamps di pangkalan Perancis di Istra, berhampiran Moscow.

Giroud sepatutnya sudah pulih untuk mengharungi perlawanan Kumpulan C, di mana Perancis akan bertemu Australia di Kazan pada Sabtu, walaupun kepalanya menerima beberapa jahitan akibat kecederaan ketika mereka seri 1-1 dengan Amerika Syarikat di Lyon, minggu lalu.

“Kepalanya baik-baik saja, dia mempunyai enam jahitan, jadi jelasnya sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu memastikan dia tidak menyentuh bola dengan kepalanya sekurang-kurangnya 48 jam akan datang,” kata Deschamps.

Deschamps juga dijangka menurunkan pemain tengah, Paul Pogba biarpun dilihat bergelut dengan prestasinya, musim lalu. – AFP

Tags: didier deschampsolivier giroud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd