• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Bagan Serai Umum Tinggalkan UMNO, BN

oleh Haris
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali membuat kejutan di saat Pemilihan UMNO sedang berlangsung apabila mengumumkan keluar daripada parti berkenaan serta Barisan Nasional (BN).

Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Noor Azmi turut mengesahkan bahawa beliau akan menjadi wakil rakyat bebas buat sementara waktu.

Bagaimanapun, beliau dijangka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila mengakui mempunyai perancangan berbuat demikian.

Justeru, Noor Azmi telah mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Jelasnya, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan penuh makna buat dirinya serta rakyat Bagan Serai, Perak yang diwakili dalam Dewan Rakyat.

“Tidak mudah untuk saya membuat kenyataan dan membuat keputusan ini, setelah saya fikirkan sedalam-dalamnya keputusan ini diambil dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang saya wakili dan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Rakyat dan pengundi Bagan Serai telah membuat keputusan menyokong dan memilih saya sebagai Ahli Parlimen pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu dan keputusan ini amat penting bagi kesinambungan segala tugasan dan khidmat saya untuk rakyat Bagan Serai,” katanya memetik laporan BH Online.

Keputusan mengejut itu dibuat Noor Azmi menerusi satu sidang media khas di pejabat Pusat Khidmatnya di sini pada jam 10 pagi tadi dan turut dihadiri puluhan penyokong serta pemimpin Bersatu bahagian Bagan Serai.

Noor Azmi berkata, beliau berharap keputusan berkenaan akan dapat difahami dan diterima oleh rakyat Bagan Serai yang telah menjalankan tanggungjwab mereka 9 Mei lalu.

Sekadar imbas kembali, Noor Azmin berjaya memenangi kerusi Parlimen Bagan Serai apabila menewaskan dua lagi calon iaitu Hajjah Rohaya Bakar daripada PAS dan juga Adam Asmuni yang mewakili PKR.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 172 undi.

Noor Azmi juga menjadi Ahli Parlimen UMNO pertama yang mengumumkan meninggalkan parti tersebut selepas kekalahan BN pada PRU14 yang lalu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Barisan NasionalDatuk Dr Noor Azmi GhazaliUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Sedia Berbincang Dengan Negeri Jiran Isu Air

Next Post

Keputusan Kerajaan Teruskan ECRL Satu Langkah Tepat

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Keputusan Kerajaan Teruskan ECRL Satu Langkah Tepat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd