• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Usah Melampau, Aaron Sekat Follower Negatif

oleh
21/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOMEN negatif di media sosial masa kini tidak asing lagi bagi kebanyakan selebriti tempatan dan disebabkan itu, pelakon Datuk Aaron Aziz mengambil keputusan untuk menyekat mana-mana pengikutnya yang sering meninggalkan komen negatif.

Dalam masa yang sama, hero drama Tuan Anas Mikael itu turut menyeru rakan artis yang lain supaya lebih bijak dalam menilai setiap pengisian yang mereka muat naik kerana ada sesetengah pengikut sengaja berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian semata-mata.

“Saya akan sekat mereka yang meninggalkan komen negatif di laman sosial saya. Sebelum berbuat demikian, saya akan dahulu balas komen mereka dengan ayat sarkastik. Mereka sengaja berbuat begitu kerana mahukan perhatian.

“Ada ketika, saya sengaja buat tidak tahu kerana tidak mahu ia menjadi virus. Disebabkan itu, artis sepatutnya menilai dan mempertimbangkan dengan mendalam sebelum memuat naik sesuatu bagi mengelak perdebatan,” katanya kepada portal BH Online.

Hal ini kerana jika dibiarkan berpanjangan tanpa sebarang tindakan, kemungkinan mereka akan lebih melampau sehingga hilang perasaan hormat menghormati antara satu sama lain.

Malah, Aaron turut berasa terkilan apabila ramai anak selebriti turut dikecam oleh netizen antaranya terjadi kepada anak Scha Alyahya serta Nora Danish iaitu Ney Ney yang kebelakangan ini sering menjadi sasaran negatif netizen.

Baca: Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

“Ada pihak yang sengaja menjadikan laman sosial sebagai platform untuk orang ramai bertelagah. Mereka seolah-olah bangga menyediakan ruang untuk melaga-lagakan orang.

“Untuk apa semua itu? Mahu mengumpul jumlah pengikut? Saya lihat jika kita memuat naik sesuatu yang buruk, ramai suka. Tetapi, apabila berkongsi perkara baik, tidak ramai beri perhatian.

“Boleh sahaja saya melakukan perkara bodoh untuk mencari perhatian. Tetapi, itu bukan cara saya. Tidak dinafikan, sesekali saya akan buat juga, tetapi hanya untuk suka-suka dan tidak sehingga memudaratkan,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, pelakon berusia 44 tahun itu juga mengakui bahawa di pernah menerima mesej peribadi daripada beberapa pengikut tetapi dia lebih memilih untuk tidak melayan sama sekali demi kebaikan dirinya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: aaron azizNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tangga Batu Usul Idris Haron Letak Jawatan

Next Post

“Kami Hanya Bergurau” – Sarah Kesal Dituduh Biadab

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

"Kami Hanya Bergurau" - Sarah Kesal Dituduh Biadab

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd