SETELAH sekian menyepikan diri daripada sebarang publisiti, usahawan kosmetik, Nur Sajat nampaknya sekali lagi menjadi sasaran sindiran ramai netizen.
Ia susulan tularnya video yang memaparkan usahawan kosmetik itu dengan bangganya menyanyikan beberapa buah lagu ketika sambutan ulang tahun kelahiran sahabat baiknya.
Menerusi video berkenaan, Sajat dilihat memiliki keyakinan diri yang begitu tinggi ketika menyanyikan lagu bertajuk Nirmala sambil menari dengan gerakan yang berlenggang lenggok.
Namun, nyanyian Sajat yang ‘ala-ala’ penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ternyata mendapat hentaman teruk daripada netizen yang mana rata-rata mengatakan mereka menjadi ‘murung’ selepas melihat rakaman tersebut.
Bukan itu sahaja, apa yang paling mencuit hati apabila ada antara mereka yang sampai hendak ‘samak’ telinga selepas mendengar nyanyian Sajat.
Malah, tidak kurang juga terdapat segelintir yang ‘mengutuk’ suara usahawan itu seperti pontianak, sengau dan tertelan ubat gegat.


Meskipun ramai yang mengutuk, namun masih ada segelintir yang tidak bermulut jahat dengan menasihati orang ramai yang tidak suka Sajat agar berhenti mengikuti perkembangan usahawan kosmetik itu bagi mengelakkan bertambah dosa.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat telah menerima lebih daripada 190,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian dalam kalangan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC