Sample Page Title

BERANI kerana benar!… Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa tidak akan melarikan diri meninggalkan negara ini pada saat beliau menjadi sasaran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, beliau akan berjuang habis-habisan untuk menentang segala tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap dirinya walaupun ia bermakna beliau bakal menghadapi kemungkinan untuk dihukum penjara.

Menerusi satu wawancara bersama Reuters ketika bekas perdana menteri itu bercuti ke Langkawi, Kedah tempoh hari, Najib berkata beliau tidak pernah terfikir untuk melarikan diri kerana enggan menjadi seperti pelarian.

“Tidak, saya tidak pernah merancang untuk melarikan diri. Kerana jika saya pergi (meninggalkan Malayia), ada anggapan kononnya saya memang bersalah.

“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat saya. Saya mahu membersihkan nama saya sendiri,” katanya kepada media antarabangsa berkenaan.

Dalam temubual eksklusif itu juga, Najib buat pertama kalinya bercakap mengenai ahli perniagaan, Low Thaek Jho atau Jho Low yang dikatakan pemain pening dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ujar Najib, beliau menganggap bahawa hubungan baik Low dengan negara di Asia Barat terutamanya dengan Arab Saudi serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) mampu menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara.

Bagaimanapun, Najib berkata bahawa beliau tidak pernah mengarahkan Jho Low untuk terlibat dalam segala urusan 1MDB serta tidak mempunyai kawalan kepada apa yang dilakukan ahli perniagaan tersebut.

“Saya tidak memberikan arahan kepadanya tetapi dia secara sukarela melakukan perkara tertentu yang menurutnya akan dapat membantu 1MDB.

“Tetapi apa yang dilakukannya (Jho Low) adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga pengarah,” kata Najib lagi.

Jho Low

Dalam pada itu, Najib menyifatkan hubungan Jho Low dengan anak tirinya, Riza Aziz sebagai rakan namun tidak menyedari sebarang urusan yang melibatkan dana 1MDB dalam syarikat penerbitan milik Riza.


Ketika ditanya mengenai sama ada beliau masih berhubung dengan ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu, Najib berkata beliau tidak lagi berbuat demikian dan tidak tahu-menahu keberadaan Jho Low.

“Kami sudah tidak berhubung lagi. Saya juga tidak tahu dia di mana. Peguamnya juga tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan maklum balas,” katanya.

Sehingga kini, Najib masih lagi konsisten dalam setiap kenyataannya menafikan pernah terlibat dalam sebarang salah laku melibatkan syarikat tersebut.

Dalam masa sama, Najib berkata wang sebanyak AS$681 juta yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya adalah derma daripada Arab Saudi dan bukanlah seperti dakwaan dalam saman di Amerika Syarikat.

Baca: Tular Kisah Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi

Juga: Istana Arab Saudi Sah Derma Kepada Najib Tun Razak

Najib berkata, beliau telah diberi jaminan daripada Raja Arab Saudi ketika itu, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud bahawa negara itu akan menghantar derma.

“Apa yang saya tahu, saya terima ia datang dari Arab Saudi, atas arahan Raja Abdullah,” jelasnya.

Katanya, beliau juga tidak tahu sebarang urusniaga yang melibatkan akaun peribadinya kerana telah melantik Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil yang merupakan satu unit dalam 1MDB untuk menguruskannya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faisal baru-baru ini tetapi sehingga kini tidak diketahui beliau berada di mana. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...