• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Musang King’ Lawan ‘Monthong’ Di Thailand

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kedudukan ‘Monthong’ sebagai Raja Durian Thailand bakal dicabar oleh ‘Musang King’ selepas Raja Durian Malaysia itu menerima kebenaran pihak berkuasa negara itu untuk dibawa masuk dan dijual dalam bentuk buah segar di Thailand.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, kebenaran itu menjadikan Thailand pasaran eksport terbaharu bagi durian Musang King negara.

“Kalau orang tidak pernah rasa Musang King, mereka kata Monthong adalah terbaik, tetapi selepas merasa Musang King, durian Thailand itu agak kebelakang dari segi rasa dan sebagainya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri ‘Durian Fiesta’ di Kedutaan Malaysia di sini bagi menandakan perolehan kebenaran kemasukan durian segar Musang King ke pasaran Thailand bermula tahun ini.

Sebelum ini, durian Musang King hanya dibenarkan dibawa masuk ke Thailand dalam bentuk ulas dan sejuk beku.

Menurut Mohd Sallehhuddin, pihak kementerian berkeyakinan Musang King memiliki segala-segalanya untuk memikat hati pengemar durian di Thailand berikutan keunikannya yang menggabungkan rasa manis, berkrim dan pahit berbanding Raja Durian Thailand, Monthong.

Wakil syarikat pengimport buah-buahan Thailand yang turut dijemput ke majlis itu yang dihadiri Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel juga mengakui potensi besar dimiliki oleh Raja Durian Malaysia untuk menembusi pasaran durian di negara jiran ini.

“Seorang pengimport buah-buahan Thailand merasa Musang King buat pertama kali dan terus berkata, adalah tidak menghairankan mengapa warga China amat menggemari durian Malaysia itu dan terus bertanya bila beliau boleh mengimport Musang King,” kata Mohd Sallehhuddin.

Berbanding Musang King yang perlu gugur secara semula jadi sebelum boleh menikmatinya, durian Monthong pula perlu dipetik ketika ia masih muda dan diperam untuk suatu jangka masa sebelum seseorang boleh merasa buahnya.

Dari segi teksturnya pula, durian Musang King adalah lebih lembut, berlemak serta memiliki rasa berkrim dan pahit berbanding durian Monthong yang keras, manis tetapi tidak begitu pahit, katanya.

“Dari segi bau juga berbeza, orang Thailand kata durian kita sudah busuk kerana baunya yang terlampau kuat,” katanya dan menambah, pihak kementerian amat yakin dengan kemampuan Musang King untuk bersaing dengan Monthong di negara kelahiran Raja Durian Thailand itu.

Katanya, disebabkan populariti Raja Durian Malaysia di peringkat antarabangsa, pihaknya telah mengesan tindakan penjual-penjual semasa lawatannya ke Australia yang melabel durian dari Thailand sebagai Musang King Malaysia.

Kementerian katanya, akan merangka strategi dan melakukan perbincangan lebih lanjut dengan syarikat pengimport buah-buahan Thailand untuk memastikan Musang King mampu menawan hati peminat durian di negara ini.

Sementara itu Jojie pula berkata, perolehan kebenaran kemasukan durian segar Musang King ke Thailand merupakan kejayaan “diplomasi buah-buahan” antara Malaysia dan Thailand sempena sambutan ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Thailand atas kebenaran itu. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd