• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Tak Peduli Siapa Bertanding Presiden UMNO

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan zamannya dalam UMNO telah pun berlalu dan tidak ingin ambil peduli tentang apa-apa mengenainya lagi.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh hari ini berkata UMNO adalah parti yang terlibat dengan berbagai-bagai skandal dan masalah seperti rasuah dan politik wang.

Justeru, beliau tidak kisah siapa yang akan bertanding merebut jawatan presiden parti itu pada pemilihan kali ini, biarpun pernah menjadi individu kedua terpenting dalam UMNO sebelum ini.

“Sebenarnya saya tidak peduli lagi tentang UMNO. Saya tidak mahu lagi mendengar apa-apa mengenainya.

“Minta maaf la, jadi saya tak kisah siapa yang nak bertanding. Itu hak dia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian sebagai mengulas keputusan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Tengku Hamzah semalam yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Sebelum itu, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menegaskan keputusan beliau itu diambil selepas meneliti kedudukan dan situasi UMNO terutama berkaitan soal kepimpinannya.

Setakat ini, hanya Ku Li dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mengumumkan secara rasmi akan bertanding jawatan itu manakala ada ura-ura juga mengatakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut berminat bertanding jawatan itu.

Pemilihan UMNO kali ini akan berlangsung pada 30 Jun. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd