• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mudah Kerja Dengan Mira, Syafiq Syukur Ramai Sokong

oleh
08/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI rakan artis, pelakon Syafiq Kyle berkongsi pengalaman manisnya bersama pelakon Mira Filzah yang kelihatan bijak dalam menyusun dialog spontan.

Ini pernah berlaku ketika mereka secara kebetulan bergandingan dalam drama pendek untuk siaran promosi minuman terkenal jenama 100 Plus baru-baru ini.

Drama iklan berjudul Pelangi Cinta itu telah menggandingkan Syafiq dan Mira sebagai sahabat baik yang akhirnya bersatu kerana perasaan cinta.

“Bekerja dengan Mira sangat senang sebab dia bijak. Kami diberi peluang untuk membuat dialog sendiri secara spontan.

“Pengarah membenarkan skrip kami berdua dibuat ketika berada di set penggambaran. Mira pula pandai bagi idea yang kita sendiri pun tak terfikir.

“Memang mudah nak berbicara dengan dia dan saya pun turut berkongsi idea dengan dia,” kata Syafiq ketika ditemui oleh pihak mStar Online ketika majlis Tayangan Eksklusif dan Sesi Beramah Mesra bersama para pelakon Pelangi Cinta baru-baru ini.

Antara pelakon lain yang bergandingan bersama mereka ialah Aiman Hakim Ridza, Hairul Azreen dan Syukri Yahya.

Bagi Syafiq, kontroversi  yang melanda dirinya baru-baru ini telah membuatkan dia belajar banyak perkara lebih-lebih lagi apabila ia terjadi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagaimanapun, Syafiq akui sebagai manusia biasa dia juga tidak lari daripada menebus dosa di bulan mulia ini.

“Alhamdulillah kehidupan sekarang, saya banyak belajar dan banyak benda yang saya nampak bila semua yang terjadi pada bulan Ramadan.

“Seperti orang lain, saya juga manusia biasa yang tahu bulan puasa ini waktu untuk kita menebus dosa.

“Itu yang saya hajatkan. Menjadi atau tidak, itu biarlah saya sendiri yang tahu,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 26 tahun itu turut berasa bersyukur kerana ramai masyarakat serta rakan artis turut memberi sokongan kepadanya selepas kontroversi itu melanda dirinya.

“Apa yang boleh cakap saya rasa bersyukur sangat. Ada orang-orang yang sokong satu sama lain.

“Maksudnya apa yang saya faham, itu yang mereka faham juga di bulan yang baik ini. Mereka nampak dari pandangan yang positif dan nampak apa yang mereka perlu lakukan.

“Saya berterima kasih kepada artis-artis yang beri sokongan. Bukan sahaja artis, kawan-kawan saya juga yang beri kata-kata semangat. Saya sangat hargai,” tambahnya lagi.

Kini, Syafiq sedang sibuk mempromosikan kurta dibawah jenamanya sendiri iaitu Kylez RTW by Syafiq Kyle yang kini sudah mula menerima sambutan hangat daripada para peminat. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Mira FilzahNetizenSyafiq Kyle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd